Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Peras Ugut Minta 30 Kg Emas Jadi Punca Suspek Culik Pemilik Kedai Emas

Cubaan untuk mendapatkan wang dan 30 kilogram (kg) emas dipercayai menjadi motif utama dalam kes penculikan seorang pemilik kedai emas yang berlaku di Palekbang pada 20 Mei lalu.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, mangsa terlebih dahulu diugut oleh empat lelaki yang meminta sejumlah besar emas sebelum akhirnya diculik selepas enggan menuruti permintaan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kumpulan suspek berkenaan cuba memeras ugut mangsa dengan meminta 30kg emas. Namun, apabila mangsa tidak menyerahkan emas tersebut, dia telah diculik dalam usaha mereka mendapatkan wang,” katanya.

Foto: Buletin TV3

Namun begitu, tindakan pantas pihak polis berjaya menggagalkan niat kumpulan tersebut apabila mangsa dibebaskan pada hari yang sama.

“Polis telah melancarkan operasi besar-besaran termasuk sekatan jalan raya di seluruh negeri dan kawasan sempadan negara. Kemungkinan besar, kumpulan suspek mengetahui mengenai operasi tersebut lalu melepaskan mangsa bagi mengelakkan ditangkap,” ujarnya.

Menurut Datuk Mohd Yusoff, mangsa mengenali suspek dan telah memberikan maklumat yang membantu siasatan. Usaha kini sedang giat dijalankan untuk mengesan empat lelaki yang dipercayai terlibat.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa polis sedang mengesan empat suspek yang dipercayai terlibat dalam penculikan seorang lelaki berusia 44 tahun yang merupakan pemilik sebuah kedai emas di Palekbang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maklumat awal mendapati suspek menggunakan sebuah kenderaan jenis Suzuki Swift dalam kejadian tersebut.

Foto: Astro Awani

Kes disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dengan niat untuk mengurung seseorang secara salah dan jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Lokal

Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas disyaki menikam rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian di sebuah sekolah...

Lokal

Keluarga pempengaruh media sosial, Ahmad Radzli Che Ngah atau lebih dikenali sebagai Rambo Castello, merayu agar pihak kerajaan dan Kedutaan Malaysia di Indonesia dapat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd