Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MB Perlis Tegur Penjawat Awam Keluar Minum Waktu Kerja, Boleh Beri Persepsi Negatif

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menegur sikap segelintir penjawat awam di negeri itu yang didakwa gemar keluar minum di premis makanan ketika masih dalam waktu bertugas.

Tindakan seperti itu boleh beri imej negatif

Memetik laporan daripada Harian Metro, beliau menyatakan perbuatan berkenaan bukan sahaja menjejaskan imej perkhidmatan awam, malah boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran kerajaan.

“Amalan sedemikian tidak seharusnya berlaku kerana penjawat awam dibayar gaji untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, bukannya menghabiskan masa di luar pejabat tanpa keperluan rasmi.
“Saya menerima maklum balas daripada orang awam yang melihat penjawat awam masih berada di kedai makan pada waktu bekerja.
“Perkara ini perlu dihentikan kerana ia memberi persepsi negatif terhadap keseluruhan perkhidmatan awam,” katanya.

penjawat awam

Budaya kerja berintegriti, disiplin & berfokus perlu diperkukuh

Perkara itu dinyatakan beliau ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri Besar Perlis bersama Penjawat Awam Negeri Perlis bagi tahun 2026 di Dewan 2020, di sini, hari ini.

Abu Bakar turut menegaskan bahawa budaya kerja berintegriti, berdisiplin dan berfokus perlu terus diperkukuhkan selari dengan usaha kerajaan negeri meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua ketua jabatan agar memainkan peranan lebih proaktif dalam memantau kehadiran serta tahap disiplin kakitangan di bawah seliaan masing-masing.

“Ketua jabatan perlu mainkan peranan dalam memantau kehadiran dan disiplin kakitangan seliaan masing-masing,” ujarnya.
“Masyarakat sentiasa memerhati. Kita mahu penjawat awam menjadi contoh terbaik dari segi etika kerja, disiplin masa dan komitmen terhadap tugas,” tambah beliau lagi.

Artikel lain: Tidak Membebankan, Perlis Mahu Laksana Caj RM2 Masuk Ke Thailand

Terdahulu, Abu Bakar menyampaikan amanat Tahun Baru 2026 di hadapan lebih 1,500 penjawat awam negeri dan persekutuan.

Sumber: Harian Metro (Aizat Sharif)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Sosial

Tindakan pempengaruh dan usahawan terkenal, Faiz Soul menjual donat seketul dengan harga RM10 kini mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen. Donat kosong seperti didakwa...

Sosial

Seorang sami Hindu, Sai, bersama beberapa aktivis daripada pelbagai kaum telah menyertai gotong-royong bersihkan kuil haram yang dibina tanpa kebenaran di negara ini, menekankan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd