Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Penjawat Awam Dilarang Terbabit Aktiviti Politik – Surat Edaran

Penjawat awam diingatkan agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti politik dan sentiasa mengekalkan kedudukan berkecuali selaras dengan etika perkhidmatan awam.

Peringatan buat penjawat awam

Peringatan itu dinyatakan dalam satu surat edaran bertarikh 23 Julai 2025 yang ditandatangani Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Menurut surat berkenaan, pegawai awam hendaklah mengekalkan kedudukan berkecuali daripada mana-mana parti politik, termasuk tidak memakai lambang, tidak memegang jawatan politik dan tidak menjalankan kempen kecuali jika dibenarkan dalam keadaan tertentu.

penjawat awam

Foto: Carian Google

“Perkhidmatan awam perlu kekal profesional, adil dan tidak berpihak, selaras dengan prinsip berkecuali (neutrality) dan kesaksamaan (impartiality) bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan awam sebagai tulang belakang pentadbiran negara,” katanya.

Penjawat awam juga diingatkan bahawa sebarang pelanggaran terhadap peraturan tatakelakuan boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Antara hukuman yang boleh dikenakan termasuk amaran, denda, lucut hak emolumen, penangguhan kenaikan gaji, penurunan gaji atau pangkat, serta buang kerja. Ianya bergantung kepada tahap kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Himpunan Turun Anwar: PAS Tawar Khidmat Guaman Untuk Penjawat Awam Jika Dikenakan Tindakan

Selain larangan berkaitan politik, surat edaran itu turut menggariskan tuntutan terhadap penjawat awam untuk menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, kepada Malaysia sebagai negara berdaulat serta kepada kerajaan.

Penjawat awam juga dikehendaki menjalankan tugas dengan jujur, cekap, bertanggungjawab dan mematuhi arahan yang ditetapkan, selain mengelakkan sebarang bentuk salah laku termasuk penyalahgunaan kuasa, konflik kepentingan dan tindakan yang boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam.

Dalam surat sama, dinyatakan bahawa semua pegawai awam telah menandatangani Surat Aku Janji seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 sebagai komitmen bertulis untuk mematuhi segala peraturan dan arahan kerajaan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
penjawat awam

Foto: IG jpa2day

Turut ditegaskan dalam surat tersebut ialah larangan terhadap penjawat awam daripada membuat sebarang kenyataan umum tanpa kebenaran rasmi.

Mereka tidak dibenarkan membuat kenyataan kepada umum sama ada secara lisan, bertulis atau di media sosial yang melibatkan penyebaran maklumat palsu, berunsur fitnah, provokasi atau maklumat yang belum disahkan kesahihannya.

Ini termasuklah kenyataan melibatkan dasar kerajaan, maklumat dalaman jabatan atau isu yang boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap perkhidmatan awam.

Menurut surat itu lagi, sebarang kenyataan awam yang bersifat positif juga hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada menteri.

Sumber: Facebook @Jabatan Perkhidmatan Awam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Lokal

Kes pembunuhan 2 beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang terus menjadi tumpuan apabila suami kepada mangsa kini direman selama tujuh hari bagi membantu...

Lokal

Kerajaan memberi khabar gembira kepada bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila mereka bakal menerima merit khas dalam proses permohonan kerja sektor...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd