Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Sempat Hadiahkan Telefon, Penghidap Kanser Pergi Pada Hari Lahir Adik – “Abang Sayang Aidil”

Pernah tular bertemu bintang kesayangan, Faisal Halim, seorang pejuang kanser tulang (osteosarcoma), Muhammad Zafran Hadi mengundang rasa sebak warganet apabila sempat memberikan hadiah buat adiknya sempena ulang tahun kelahiran.

Menerusi perkongsian di TikTok, memaparkan Allahyarham Zafran menghadiahkan telefon buat adiknya setelah sekian lama menyimpan hasrat tersebut.

Pergi pada hari lahir adik

penghidap kanser Pergi pada hari lahir adik

Namun, pada jam 1.45 pagi Selasa (21 Oktober), Zafran disahkan meninggal dunia, pada hari lahir adiknya iaitu, Aidil Haziq.

@zfrn_had18

Video ni hari khamis lepas 16/10 Esok 21/10 Hari lahir Aidil haziq, satu-satunya adik lelaki Zafran. Selepas mama dan abah, Aidil lah yang paling banyak teman dan jaga abang. Geng tidur abang… geng sembang pasal bola… geng main game… geng segalanya. Abang selalu sebut, “Abang sayang Aidil, dan semua adik-adik abang.” ❤️ Tahun ni, Zafran nak sangat hadiahkan Aidil telefon baru sebagai tanda kasih untuk adik yang tak pernah berkira, yang selalu ada bila abang perlukan teman. Happy birthday Aidil Haziq, terima kasih, kerana sentiasa jadi adik yang kuat, penyayang, dan setia dengan abang. Abang sayang Aidil… sangat-sangat. ❤️

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – zfrn_had18 – zfrn_had18

“Esok 21 Oktober, hari lahir Aidil Haziq, satu-satunya adik lelaki Zafran.
“Selepas mama dan abah, Aidil lah yang paling banyak teman dan jaga abang. Geng tidur abang, geng sembang bola, geng main game, geng segalanya. Abang sayang Aidil dan semua adik-adik abang,” katanya.

Dalam pada itu, Arwah sempat memberitahu hadiah tersebut merupakan tanda kasih untuk adiknya yang tidak pernah berkira dan sentiasa ada ketika diperlukan olehnya sebagai teman.

“Happy birthday Aidil Haziq, terima kasih kerana sentiasa jadi adik yang kuat, penyayang dan setia dengan abang. Abang sayang Aidil sangat-sangat,” jelasnya.

Difahamkan, jenazah Muhammad Zafran Hadi telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Seri Kundang selepas solat Zuhur pada Selasa.

Sehubungan itu, pihak keluarga turut memohon doa agar roh Zafran ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@zfrn_had18

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ Dengan penuh dukacita dan reda terhadap ketentuan Ilahi, kami memaklumkan bahawa Muhammad Zafran Hadi bin Mohd Fitrahaizul telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, Selasa, 21 Oktober 2025, jam 1.45 pagi. Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Seri Kundang selepas solat Zuhur. Mohon doa agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh. 🤍

♬ original sound – zfrn_had18 – zfrn_had18

“Dengan penuh dukacita dan reda terhadap ketentuan Ilahi, kami memaklumkan bahawa Zafran telah kembali ke rahmatullah.
“Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” kongsi keluarga dalam kenyataan TikTok.

Artikel lain: Hajat Remaja Hidap Kanser Bertemu Faisal Halim Tercapai, Sempat Hadiahkan Adik Telefon Sebelum Pergi

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 3.3 juta tontonan dan meraih lebih 230,000 tanda suka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok zfrn_hd18

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd