Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pengawal Keselamatan Hospital ‘Paw’ Duit Warga Emas Direman 2 Hari – Polis

Seorang pengawal keselamatan hospital ditahan polis selepas disyaki melakukan pemerasan terhadap orang awam yang meletakkan kenderaan di hospital berkenaan pada 23 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memberitahu, pihaknya mengesan sebuah video tular berdurasi 55 saat yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok pada Isnin.

Pengawal keselamatan hospital

Pengawal keselamatan hospital

“Video itu memaparkan seorang wanita dipercayai meminta pengawal keselamatan memulangkan wang tunai RM50 milik ibunya. Kejadian dipercayai berpunca daripada isu parkir di kawasan hospital terbabit.
“Video berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pengawal keselamatan tersebut yang didakwa cuba mengambil kesempatan terhadap pengunjung dengan meminta wang sekiranya meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Naazron turut berkata, suspek dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan dan tidak sopan semasa kejadian.

“Bertindak atas laporan mangsa berusia 31 tahun, polis menahan seorang wanita tempatan berusia 28 tahun pada hari sama.
Advertisement. Scroll to continue reading.

“Suspek kini direman selama dua hari sehingga esok (Rabu) bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” ujarnya.

Artikel lain: Pengawal Keselamatan Hospital Didakwa Peras Ugut Warga Emas – “Dia Paw Mak Aku RM50”

Pengawal keselamatan hospital

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ghazali Zulkifli di talian 016-9140758.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang wanita meluahkan rasa bengang apabila ibunya didakwa telah diperas ugut oleh pengawal keselamatan di sebuah hospital di Selangor pada Sabtu lalu.

Sumber: Facebook @Polis Daerah Kajang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Sosial

Seorang wanita warga Malaysia masih trauma selepas melalui detik mencemaskan apabila pesawat Batik Air yang dinaikinya hampir tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd