Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular Insiden Dengan Jurulatih MMA, Pengawal Keselamatan Akui Malu

Baru-baru ini, video pertelingkahan seorang pengawal keselamatan dengan jurulatih seni bela diri campuran (MMA) tular hingga mencetus pelbagai reaksi netizen.

Pengawal keselamatan nyatakan dirinya bukan fighter

Memetik laporan daripada Harian Metro, individu dalam video tersebut, Muhammad Alim Muhamad Adnizam, 24, tampil menjelaskan keadaan sebenar dan mengakui berasa malu dengan apa yang berlaku.

“Saya bukan ‘fighter’, ilmu silat pun tak ada, kosong dan perkara itu (kejadian) spontan serta terjadi dengan tiba-tiba,” katanya.

Pengawal keselamatan dedah punca pergaduhan sebab salah faham

Menurut Alim, kejadian itu berpunca daripada salah faham antara dirinya dan jurulatih MMA, Tony Lim, yang bermula dari dalam kawasan kondominium sebelum berlarutan ke luar.

“Waktu itu, saya sudah habis kerja dan baru nak tukar syif (dengan rakan sekerja) dan memang ada salah faham dengan ‘fighter’ itu daripada dalam.
Saya buat kerja saya, tiba-tiba orang datang, jadi tak relaks, itu yang terjadinya pergaduhan.
Saya pula memang jenis orang yang panas baran, saya buat kerja saya saja tapi jangan kacau,” jelasnya.

Pengawal keselamatan dan jurulatih MMA tu dah berdamai pun

Walaupun insiden tersebut sudah diselesaikan di balai polis secara damai, Alim tidak menyangka video itu tetap tular.

Dia mengetahui bahawa dirinya tular selepas diberitahu oleh orang sekeliling dan akui terpaksa menebalkan muka susulan tinggal di kawasan rumah pangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Patut perkara ini sudah selesai pun kerana kami siap bersalam dan berjanji tak nak sebarkan (video) malah dua-dua pun sudah mengaku salah sebelum keluar balai.
Tapi selang beberapa hari, saya dapat tahu daripada kawan mengenai video tular itu.
Kemudian pak cik dan dan saudara mara pun tanya apa sudah jadi. Tak tahu boleh tular sampai begitu sekali.
Malu pun ada sebab saya duduk rumah pangsa dengan keluarga, orang di situ ramai, tapi terpaksa tebalkan muka kerana benda pun sudah jadi.”

Pengawal keselamatan bersyukur tak diberhentikan kerja

Kini, Alim sudah dipindahkan ke lokasi kerja baharu oleh majikan namun tetap bersyukur kerana tidak diberhentikan.

“Saya duduk dengan keluarga jadi kalau tak kerja, tak seronok pula dan tak tentu arah juga mulanya.
Tapi mujurlah majikan tak berhentikan kerja cuma dipindahkan ke tempat lain saja.”

Ambil pengajaran daripada insiden tersebut

Dia juga mengambil pengajaran besar daripada kejadian ini, khususnya dalam mengawal emosi dan bertindak lebih matang.

Walau bagaimanapun, dia menyatakan tindak dapat mengulas isu tersebut lebih panjang kerana masih lagi dalam siasatan.

Dalam pada masa yang sama, Alim juga memohon maaf kepada semua dan keluarga susulan kejadian yang berlaku ke atasnya.

“Pengajarannya adalah kena kawal emosi kerana bila jadi begini, malu dekat diri sendiri dan keluarga sedangkan puncanya benda kecil saja.
Jangan nak melenting tak kisah salah ke betul kerana sekarang zaman tular.
Kes masih dalam siasatan, tak boleh kata apa, saya tunggu dan terima saja keputusan pihak berkuasa.
Saya nak minta maaf juga kepada semua dan keluarga atas apa yang berlaku. Cukuplah apa yang sudah tular. Hari ini, hari saya, esok lusa tak tahu.

Pengawal Keselamatan

Artikel lain: Insiden Dengan Pengawal Keselamatan, Jurulatih MMA Dakwa Hanya Mahu Pertahan Diri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Alim turut menerima empat jahitan di bibir akibat insiden tersebut.

Namun begitu, dia memaklumkan tidak ambil hati dengan gelaran “Samad Tocang” yang diberikan netizen, malah menganggapnya sebagai hiburan.

Terdahulu, Tony Lim menjelaskan insiden berkenaan berlaku kerana provokasi dan dia hanya bertindak mempertahankan diri. Pendedahan itu dibuat kepada aktivis dan penyanyi rap Caprice menerusi video di Instagram.

Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kontroversi program motivasi rumah tangga eHati terus hangat apabila polis mengesahkan wujud elemen tak senonoh dalam acara dinamakan Queen’s Night yang diadakan pada malam...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed tampil membuat laporan polis selepas mendakwa barangan kemas miliknya dicuri oleh beberapa individu tidak bertanggungjawab. Barang kemas...

Lokal

Polis telah merakam keterangan isteri dan adik kepada Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija Nizaruddin, yang dilaporkan hilang di Sungai...

Dunia

Seorang pelari dari Indonesia mencipta satu momen indah apabila berjaya menamatkan larian Half Marathon sejauh 21 kilometer (KM) dengan hanya menggunakan sepasang ‘selipar Jepun’...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd