Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pencalonan Nick Adams Akan Melalui Pertimbangan Sewajarnya – PM Anwar

Pencalonan Nick Adam dipertimbangkan sewajarnya

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan masih terlalu awal untuk memutuskan keputusan berkenaan pencalonan Nick Adams sebagai Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia.

Pencalonan Nick Adam dipertimbangkan sewajarnya

Pencalonan Nick Adam dipertimbangkan sewajarnya

Memetik laporan Berita Harian, beliau berkata pertimbangan akan dibuat sewajarnya bagi memilih calon yang bersesuaian berhubung perkara tersebut.

“Soal Nick Adams, itu kita ikut proses, masih terlalu awal (untuk buat sebarang keputusan).
“Kerajaan tentunya akan memberikan pertimbangan dan dalam keadaan yang sama, (menjaga) hubungan baik antara Malaysia dan Amerika Syarikat,” kata Anwar selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Istiqlal, Presint 14, hari ini.

Sebelum ini, Presiden AS Donald Trump mengumumkan Adams yang juga pengulas konservatif dan penulis akan dicalonkan sebagai Duta Besar AS ke Malaysia yang baharu.

Menerusi satu hantaran di platform Truth Social, Trump menyifatkan Adams sebagai seorang nasionalis luar biasa serta usahawan yang sangat berjaya, dan memuji komitmen beliau terhadap apa yang digelarnya sebagai ‘Nilai Keunggulan Amerika’.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Pencalonan Nick Adam dipertimbangkan sewajarnya

Foto: Utusan Malaysia

Namun begitu, kenyataan itu telah menerima pelbagai reaksi balas dan terdapat juga sesetengah pihak yang telah menyuarakan bantahan dan menolak pencalonan itu.

Pelantikan itu disifatkan sebagai satu bentuk penghinaan terhadap maruah negara dan prinsip dasar luar Malaysia yang mengangkat kedaulatan, keamanan serantau dan solidariti bersama rakyat tertindas, khususnya Palestin.

Artikel lain: Fahmi Fadzil Tegaskan Malaysia Berhak Terima Atau Tolak Perlantikan Nick Adams Sebagai Duta

Untuk rekod, pada Isnin lalu, Biro Hubungan Antarabangsa Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Arief Izuadin mendedahkan, latar belakang Adams didakwa menyokong ideologi politik ekstrem kanan serta retorik yang bercanggah dengan prinsip kemajmukan, toleransi dan solidariti yang menjadi asas perpaduan rakyat Malaysia.

Sumber: Berita Harian (Mohd Iskandar Ibrahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Lokal

Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun yang maut dalam kemalangan tragis di Jalan Kulim–Mahang, petang semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd