Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Berdepan Ugutan Penumbuk, Doktor Pertahan Petugas! Penat Selamatkan Ibu & Bayi Kembar Pramatang

Luahan seorang pegawai perubatan di Hospital Semporna, Dr. Nurul Filzah Ayuni mengenai insiden beliau berdepan ugutan penumbuk daripada ahli keluarga pesakit ketika bertugas, mencetuskan perhatian ramai netizen.

Penat selamatkan ibu & bayi kembar pramatang

Dalam catatan panjang di laman Facebook itu, beliau menceritakan bagaimana seorang ibu yang tidak pernah mendapatkan rawatan klinik sepajang proses kehamilan telah melahirkan bayi kembar pramatang seberat hanya satu kilogram seorang.

Lebih mencetuskan situasi tegang apabila kedua-dua bayi perlu diintubasi segera, manakala keadaan si ibu turut kritikal.

Dr. Filzah berkongsi, ketika petugas perubatan sedang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa, seorang ahli keluarga pesakit dilapor menengking serta mengangkat penumbuk, mendakwa doktor dan jururawat hanya “dibayar gaji untuk buat kerja”.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tidak kisah apa yang pakcik cakap, tetapi staf saya didahulukan. Kalau pakcik mahu bergaya gangster, saya juga boleh. Tetapi saya tidak akan benarkan sesiapa masuk ke dalam bilik bersalin saya,” tegas beliau.

bayi kembar pramatang

Dua jam manual bagging dalam Ambulans

Menurut Dr. Filzah, hospital berkenaan tidak mempunyai fasiliti unit rawatan rapi (ICU) lengkap di mana hanya seorang bayi disambungkan ke mesin ventilator, manakala seorang lagi kemudian terpaksa dibantu melalui manual bagging sepanjang perjalanan dua jam ke Hospital Tawau.

Artikel lain: Indonesia Cadang Hospital Malaysia Ambil Jururawat Mereka, Yakin Beri Manfaat Dua Hala

Bukan itu sahaja, rakan setugasnya melutut di lantai ambulans untuk memastikan bayi terus bernafas sehingga muntah dua kali sebaik tiba di Tawau kerana terlalu letih dan tidak sempat makan sejak pagi.

Hospital terus rawat pesakit walau tiada kad pengenalan diri

Sementara itu, Dr. Filzah menjelaskan bahawa Hospital Semporna dikenali kerana menerima pesakit tanpa mengira status kewarganegaraan atau kemampuan membayar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, ada kalangan staf yang menggunakan duit poket sendiri membeli lampin, pakaian bayi, malah peralatan asas rawatan. Namun, pengorbanan ini sering tidak dihargai dan malah dibalas dengan salah faham serta kecaman daripada keluarga pesakit.

Pada masa sama, Dr. Filzah berkata para petugas kesihatan yang bertugas di hospital daerah tersebut kebanyakannya masih muda dengan pengalaman kurang daripada lima tahun, selain berdepan kekangan fasiliti, peralatan asas serta jumlah staf yang terhad.

“Lebih mencabar bila pesakit terlalu ramai, keadaan tidak stabil dan pelan rawatan pakar terlalu kompleks,” ujarnya.

Sejak dimuat naik pada Khamis, perkongsian Dr. Filzah menerima ribuan tanda suka serta perkongsian di mana rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum serta menghargai ketabahan barisan petugas kesihatan dianggap wira tanpa nama yang terus berkhidmat demi nyawa pesakit.

Sumber: Facebook Filzah Ayuni

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Sosial

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap beberapa aktivis yang mendedah dan mempersoal aktiviti pencerobohan tanah serta pembinaan...

Sosial

Tindakan tiga sekawan yang menjemput seorang pengawal keselamatan makan bersama mereka di sebuah restoran telah berjaya meraih perhatian ramai di media sosial. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd