Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Digesa Siasat Pempengaruh Persenda Lagu Negaraku – AMK

Pihak polis digesa bagi menyiasat tindakan pempengaruh dikenali sebagai Choo Hao Ren dan beberapa individu lain yang telah mempersendakan lagu Negaraku seperti video tular di media sosial.

Pempengaruh persenda lagu Negaraku?

Menurut laporan Malaysia Gazette, Biro Disiplin dan Undang-Undang Angkatan Muda Keadilan (AMK), Tong Liang Wang berkata, pempengaruh itu bersama rakan-rakannya dilihat bergurau senda, membuat lawak dan merakam lagu kebangsaan yang sedang dimainkan dalam sebuah acara baru-baru ini.

lagu Negaraku

“Perbuatan ini bukan sahaja jelas menunjukkan sikap tidak menghormati lagu kebangsaan, malah kemungkinan melanggar Akta Lagu Kebangsaan 1968 (Akta 390) yang menetapkan setiap individu wajib berdiri tegak dan berkelakuan sopan semasa lagu Negaraku dimainkan.
“Kegagalan mematuhi peruntukan ini boleh dikenakan denda atau hukuman penjara. Lagu Negaraku adalah lambang maruah, kedaulatan dan perpaduan negara.
“Ia tidak boleh dijadikan bahan gurauan atau tontonan hiburan,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Kuala Lumpur hari ini.

Liang berkata, individu berpengaruh seperti Hao Ren sepatutnya menunjukkan teladan yang baik, berhati-hati dalam tindakan dan percakapannya serta menghormati simbol negara.

Artikel lain: Pempengaruh Mohon Maaf, Rakam Video Ketika Nyanyi Lagu Negaraku

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini kerana setiap perbuatannya memberi kesan besar kepada pengikut dan masyarakat selain ia merupakan tangggungjawab moral yang tidak boleh diabaikan.

“Kami menggesa pihak polis untuk segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang terhadap mereka yang terlibat.
“Ia bagi memberi pengajaran kepada orang ramai supaya tidak mengulangi perbuatan yang boleh mencemarkan kehormatan negara,” ujarnya.

Sumber: Malaysia Gazette (Mohd Zaini Samsu Hadi)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Sosial

Seorang wanita dikecam netizen di media sosial susulam membuat siaran langsung di platform TikTok sambil menunjukkan tingkah laku berahi. Buat aksi tidak senonoh dalam...

Nasional

Malaysia menyambut baik keputusan Iran yang membenarkan kapal minyak negara melalui Selat Hormuz, sekali gus memastikan perjalanan pulang pekerja terlibat dapat diteruskan dengan lancar....

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd