Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pandu Melulu Sehingga Terbabit Kemalangan, Pemandu Proton Satria Mengaku Tidak Bersalah

Seorang penghantar makanan berusia 20 tahun yang juga pemandu Proton Satria yang terbabit dalam kemalangan baru-baru ini  mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

Pemandu Proton Satria mengaku bersalah tidak mempunyai lesen

Menurut laporan Sinar Harian, tertuduh, Iskandar Abd Aris, yang juga dikategorikan sebagai pesalah muda, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Saiful Sayoti berhubung kejadian kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Senawang 1, awal pagi Ahad lalu.

pemandu Proton Satria

Foto: Sinar Harian

Mengikut pertuduhan, Iskandar didakwa memandu kereta jenis Proton Satria secara berbahaya kepada orang awam sekitar jam 2 pagi. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 jika sabit kesalahan.

Selain itu, tertuduh juga boleh digantung kelayakan memegang lesen memandu selama minimum lima tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zul Azrin Zainuddin memohon agar mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pengantin Baharu Terkorban Dalam Kemalangan, Hasrat Ziarah Keluarga Mangsa Nahas UPSI Tidak Kesampaian

Namun, peguam bela tertuduh, Noor Syairah Izzati Mohd Noor, merayu agar jumlah tersebut direndahkan mengambil kira latar belakang keluarga tertuduh.

“Anak guam saya telah kehilangan ayah sejak berusia 10 tahun dan kini bekerja sebagai penghantar makanan dengan pendapatan tidak menentu. Ibunya pula hanya berniaga kuih dengan pendapatan harian sekitar RM50 hingga RM80, sambil menanggung tiga lagi adik-beradik,” katanya.

Menurut beliau, jumlah jaminan yang tinggi hanya akan membebankan keluarga pemandu Proton Satria berkenaan dan mengambil masa yang lama untuk dikumpulkan.

Mahkamah akhirnya membenarkan jaminan sebanyak RM3,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen dan laporan sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam prosiding sama, Iskandar turut mengaku bersalah atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu yang sah.

pemandu Proton Satria

Foto: Harian Metro

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video menunjukkan kenderaan yang dipandu tertuduh dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan, terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah Perodua Axia.

Kemalangan itu mengakibatkan pemandu Proton Satria mengalami kecederaan ringan.

Namun, seorang penumpang Perodua Axia cedera parah dan kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar, manakala penumpang lain hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd