Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Saya Dengar Pemandu Marah-Marah” -Pelajar UPSI Imbas Detik Cemas Sebelum Bas Terbalik

Saya tersedar bila terdengar pemandu marah-marah. Tak tahu dia marah siapa, tapi lepas itu bas terus terhuyung-hayang dan terbalik.”

Itulah detik mencemaskan yang dikongsikan Farhana Ab Aziz, 23, salah seorang mangsa terselamat dalam nahas ngeri membabitkan bas pelajar UPSI di Kilometer 53, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik–Jeli, pada awal pagi Isnin.

Dengar suara pemandu marah-marah

Menurut Farhana, dia terdengar suara pemandu dalam nada marah sekitar jam 12.45 tengah malam, tidak lama sebelum tragedi berlaku.

“Semasa bas bergerak dari Jertih, saya tidur, tetapi sekitar jam 12.45 tengah malam, saya terjaga sebab terdengar suara pemandu marah-marah.
Butiran marah tak berapa jelas, sama ada dia marah keadaan bas atau sebab kereta di hadapan, saya tak pasti,” katanya.

Kredit: Sinar Harian

pemandu marah-marah sebelum bas terhuyung hayang

Farhana sempat melihat pemandu dalam keadaan gelisah dan bas dipandu laju sebelum hilang kawalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Keadaan dalam bas ramai yang pengsan. Saya dan rakan lain yang sedar cepat-cepat cari laluan terbuka untuk keluar dari bas.
Saya takut terpijak kawan-kawan lain,” katanya.

Kredit: Sinar Harian 

Seorang lagi mangsa, Rohadatul Aisy Mohd Zaki, 20, berkata dia tercampak ke laluan tengah bas selepas dikejutkan rakan beberapa saat sebelum kejadian.

“Saya tercampak ke laluan tengah. Rasa sesak sangat nak bergerak. Kawan cuba tarik, tetapi saya tak mampu bangun.
Selepas beberapa minit baru saya dapat kuatkan diri keluar dari bas,” katanya.

pemandu marah-marah

Artikel lain: Bas Baru Diselenggara Bulan Lalu, Pemandu Juga Berhemah & Tiada Rekod – Syarikat Bas

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, 15 pelajar UPSI disahkan meninggal dunia, manakala 27 lagi cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Gerik. Pemandu bas berusia 40 tahun dan kelindannya, 54 tahun, turut mengalami kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, nahas berlaku apabila bas melanggar bahagian belakang sebuah MPV jenis Perodua Alza sebelum hilang kawalan dan terbalik merempuh pembahagi jalan.

Empat sekeluarga yang menaiki MPV tersebut turut cedera, namun terselamat dan sedang dirawat di Hospital Baling, Kedah.

Sumber: Sinar Harian (Normawati Adnan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Sosial

Seorang warga emas berusia 71 tahun tidak menghiraukan usia dan cabaran hidup, terus bekerja sebagai penghantar makanan demi menampung keperluan harian. Menerusi perkongsian di...

Sosial

“Baca doa yah… tolong… dah sampai ni dah!” – jeritan penuh cemas seorang wanita dalam video tular mengundang sebak ramai apabila suasana panik banjir...

Sosial

Pada tahun lalu, ramai meruntun dengan kisah seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska segar. Bayi berusia lapan bulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd