Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tumpangkan Warga Emas, Siap Bawa Pergi Makan.. Pemandu E-Hailing Raih Pujian!

Pemandu e-hailing tumpangkan warga emas

Baru-baru ini, tular seorang wanita bekerja sebagai pemandu e-hailing mencuri perhatian warganet kerana menyantuni seorang wanita warga emas seperti ahli keluarganya sendiri.

Pemandu e-hailing tumpangkan warga emas

@santy_meng86

Kata gengster… Jgn nangis#nenek #melaka #orangbaik

♬ Air mata ibu dato siti nurhaliza – Shah izzam ➴͜͡T.E RESOURCES

Menerusi perkongsian di TikTok @santy_meng86, memaparkan wanita itu membawa nenek tersebut keluar berjalan-jalan dan membawanya ke sebuah restoran makanan segera.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya pun nak tahu nenek nak makan apa? Nenek fikir dulu nanti beritahu, nenek cakap je nak makan apa nanti saya bawa ke sana,” kata wanita itu pada Isnin.

Sementara itu, lebih sebak lagi apabila nenek tersebut mengakui tidak pernah seumur hidupnya bertemu bersama orang yang sudi membantu dan melayani kerenahnya biarpun bukan darah daging sendiri.

Pemandu e-hailing tumpangkan warga emas

“Tak pernah nenek jumpa orang macam ini, belanja makan. Seumur hidup ini lah baru dapat,” ucap nenek berkenaan.

Menurut pemandu e-hailing itu, makanan tersebut bukan dibayar olehnya tetapi sumbangan yang diperoleh daripada rakan-rakanya.

@santy_meng86

Korang jgn nangis tau… Kalau nmpk nenek ni.. Tumpang kan lah ye… Nanti sy dtg lagi ye nek.. Jenguk2 nenek… #nenek #jalankaki #jentikhati

♬ suara asli – اللغة الض – Sastra Kehidupan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dikatakan pertemuan mereka berdua bermula apabila wanita itu dalam perjalanan mengambil penumpang sebelum terlihat nenek tersebut berjalan membawa barang untuk pulang ke rumahnya.

Pemandu e-hailing tumpangkan warga emas

“Masa ini dalam perjalanan ambil penumpang, ternampak nenek tua jalan kaki bawa barang berat.
“Masa ini lah aku diuji, kalau aku tolong penumpang aku akan tunggu lama tapi kalau aku tak tolong aku akan menyesal.
“Aku tak peduli, aku patah balik untuk tolong nenek tu dulu, alhamdulillah penumpang sanggup tunggu. Lemah longlai nenek ini berjalan sebab rumah dia agak jauh,” tambahnya lagi.

Menelusuri ke ruangan komen, wargamaya meluahkan rasa sebak melihat perkongsian itu dan mendoakan pemandu wanita terbabit sentiasa dimurahkan rezeki.

Malah ada juga warganet meluahkan rasa rindu melihat nenek berkenaan kerana terkenang akan ibu mereka yang sudah lama pergi dijemput ilahi.

Teringat arwah mak

Nenek saya pun suka KFC

Pemandu e-hailing tumpangkan warga emas

Sedih sampai Brunei

Pemandu e-hailing tumpangkan warga emas

Artikel lain: Grab Malaysia Simpati, Sumbang RM 1 juta Untuk Program Bantuan Kemanusiaan Gaza

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, nenek itu merupakan ibu tunggal yang hidup sebatang kara tanpa ditemani anak-anak dan lebih menyentuh hati lagi, dia dipercayai tinggal di rumah usang seorang diri.

Sumber: TikTok santy_meng86

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd