Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu ‘Bas Pink’ Ditahan Polis Susulan Terbabit Nahas Maut Di Lebuh AMJ

Seorang pemandu bas henti-henti telah ditahan polis susulan nahas yang mengorbankan seorang lelaki di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), semalam.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, suspek berusia 37 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Gajah bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan.

“Hasil saringan air kencing yang dijalankan di Bahagian Narkotik Alor Gajah mendapati lelaki itu negatif dadah. Dia juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau saman trafik,”katanya.

Foto: Berita Harian

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4.55 petang itu melibatkan sebuah bas dan sebuah kereta jenis Mitsubishi di kawasan Taman Awan Biru, Sungai Petai.

Ketika kejadian, bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Terminal Bas Melaka Sentral menuju ke jalan AMJ, manakala kereta dipandu mangsa Muhammad Aiman Mohd Farid, 23, yang bekerja sebagai subkontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB), datang dari arah Rembia.

Foto: FB Jenayah Disana SIni

“Tiba di tempat kejadian, pemandu kereta dipercayai memberhentikan kenderaannya di bahu jalan sebelum dirempuh bas dari belakang. Ia menyebabkan Muhammad Aiman tercampak keluar dari kereta dan terjatuh ke dalam longkang hingga parah di kepala.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, manakala rakannya, Muhammad Hakimi Hafiz Baharin, 22, luka di badan,” ujarnya.

Pemandu bas dan seorang penumpang wanita berusia 53 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat Muhammad Aiman telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Jenayah Disana Sini

Pihak polis turut menahan kedua-dua kenderaan terbabit untuk pemeriksaan lanjut di PUSPAKOM.

Siasatan awal mendapati terdapat rakaman daripada papan pemuka bas yang berkaitan insiden tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, dua rakaman video berdurasi 27 dan 35 saat yang memaparkan detik sebelum pelanggaran tular di media sosial, menunjukkan kereta mangsa berhenti di bahu jalan sebelum dilanggar dari arah belakang oleh bas berkenaan.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd