Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelaku Silap Orang, Pelajar Parah Dikasari Beramai-Ramai Sebab Salah Info

Seorang pelajar Tingkatan Lima mengalami kecederaan parah selepas menjadi mangsa belasah beramai-ramai akibat pelaku silap orang dalam kejadian di Paroi, awal pagi semalam.

Remaja lelaki berusia 17 tahun itu dilaporkan patah tulang pipi dan hidung, mengalami luka di kepala, pendarahan mata serta lebam di badan selepas dibawa secara paksa oleh sekumpulan lelaki dan diserang tanpa belas kasihan.

Pelaku Silap Orang

Pelaku silap orang, dituduh terlibat pergaduhan & kemalangan

Memetik laporan dari Berita Harian, bapa kepada mangsa yang enggan dikenali memaklumkan menerima panggilan telefon daripada anaknya sekitar jam 3 pagi dan memberitahu kononnya terlibat dalam kemalangan. Namun, segalanya terbongkar selepas guru sekolah memaklumkan hal sebenar.

“Berdasarkan cerita anak dan rakannya, berlaku pergaduhan kecil kira-kira jam 12.30 tengah malam di Taman Perwira, tapi anak saya tak terlibat pun.
“Difahamkan, salah seorang daripada mereka yang bergaduh itu mengalami kemalangan dan koma. Keluarganya pula tuduh anak saya terlibat, lalu kumpul orang dan culik anak saya serta tiga rakannya,” katanya.

Pelaku silap orang, belasah dulu baru tahu salah sasaran

Remaja tersebut dibawa menaiki kereta dan mula dipukul dalam perjalanan ke Paroi, di mana kira-kira 20 lelaki sudah menunggu untuk ‘menghukum’ mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tiga kawannya tak dipukul pun. Lepas dibelasah, mereka bawa anak saya jumpa keluarga remaja kemalangan tu. Masa tu barulah mereka tahu anak saya tak terlibat dan minta maaf. Siap bawa ke klinik swasta tapi surat rujukan hospital tak diberi,” katanya kecewa.

Bapa saudara cerita kronologi

Lelaki itu kesal dengan tindakan pihak terbabit yang bertindak melulu tanpa siasat dan tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang.

Dalam pada itu, pengguna Facebook dikenali sebagai Tuan Amir Danau telah berkongsi serba sedikit tentang kronologi kejadian yang menimpa anak buahnya sehingga terpaksa dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Artikel lain: Diajak Wanita Teman Tidur di Rumah, Lelaki Tak Sangka Dikasari & Motosikal Dirampas

Dedah pelaku minta mangsa selfie lepas pukul

Jelasnya, ketika anak buah telah berada dalam keadaan lemah dan berlumuran darah, pelaku yang dipercayai lebih 10 orang telah meminta mangsa berswafoto terlebih dahulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini samseng-samseng ni baru pijak Shahir, lepas tu minta Shahir selfie. Tengok jari Shahir tu masih ada darah,” tulis pengguna Facebook

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber: Berita Harian (Ahmad Hasbi) Facebook Tuan Amir Danau

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd