Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar Tingkatan Tiga Ditemukan Di Rumah Rakan Selepas Hilang Sejak Jumaat

Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Indah, Iskandar Puteri yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas tamat sesi persekolahan, akhirnya berjaya ditemukan dalam keadaan selamat oleh pihak polis malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan, berkata remaja berkenaan, Nur Iman Iskandar Abdullah, 15, ditemui sekitar jam 9.30 malam di rumah keluarga rakan sekolahnya yang terletak di kawasan perumahan Bukit Indah.

Foto: Media Sosial

” Berdasarkan siasatan awal yang dijalankan oleh pihak polis, kejadian ini berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan ahli keluarganya,” katanya.

Jelas beliau lagi, Nur Iman dipercayai tidak pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan pada hari Jumaat lalu dan kehilangannya hanya disedari oleh keluarganya apabila dia tidak pulang seperti kebiasaan.

Foto: Sinar Harian

Bapa kepada remaja tersebut, yang berusia 36 tahun, segera mengambil tindakan dengan membuat laporan polis di Balai Polis Taman Bukit Indah sekitar jam 4 petang pada hari yang sama.

Sumber: Harian Metro (Omar Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd