Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiga Pelajar IKBN Maut Bakal Terima Insurans RM20,000 Seorang

Tiga penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 49.4 Lebuhraya Utara Selatan dari arah Alor Setar ke selatan pada Khamis akan menerima tuntutan insuran berjumlah RM20,000 setiap seorang.

Memetik laporan BuletinTV3, Pengarah IKBN, Jitra Norhazita Kamaludin berkata pihaknya turut membantu dalam pengurusan semua jenazah termasuk penghantaran mereka ke kampung masing-masing.

Tiga pelajar IKBN maut bakal terima insurans RM20,000

pelajar IKBN maut

Foto: Harian Metro

Jelasnya, sumbangan turut diterima daripada Pengurusan Tertinggi Kementerian Belia dan Sukan tetmasuk 21 Institut Latihan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Seluruh pihak IKBN Jitra turut mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga semua mangsa kemalangan ini dan kami amat sedih dengan kejadian yang berlaku ini,” katanya di Alor Setar, hari ini.

Norhazita berkata, pihaknya turut hadir di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) semalam yang disertai Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Jitra Rauzoh Darus dan Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Mohamad Razi Samsudin serta ketua jabatan, ketua cawangan, pengajar dan seluruh pegawai Hal Ehwal Pelajar.

Foto: Berita Harian

Selain itu, pengurusan tertinggi IKBN Jitra termasuk pengajar dan penuntut lain turut mengiringi van jenazah ke kampung halaman tiga penuntut terbabit untuk sehingga selesai urusan pengebumian.

Artikel lain: Minta ‘Duit Kopi’, MBSP Siasat Dakwaan Penguatkuasa Terlibat Salah Laku

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, yang cedera dalam kemalangan itu, Muhammad Adib Aiman Mohamad Hasan, 19 yang berasal dari Subang Jaya, Selangor itu mengalami patah tulang keting kaki kiri dan masih dirawat di Zon Kuning HSB.

Terdahulu, media melaporkan tiga pelajar IKBN maut adalah Muhamad Habil Mohd Sobri berasal dari Gurun; Muhammad Fahmi Mohd Jamel (Jeniang, SIk) dan Muhamad Arif Aifan Derani (Bukit Selambau, Sungai Petani) dan masing-masing berusia 19 tahun.

Ahli keluarga tiga pelajar IKBN maut

Foto: Berita Harian

Ketiga-tiga mangsa dikatakan menaiki dua motosikal dipercayai dalam perjalanan untuk pulang bercuti sempena Aidiladha.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, polis telah menahan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra bagi membantu siasatan kemalangan ini, bagaimanapun Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata pemandu berusia 43 tahun itu akan dibenarkan jaminan selepas siasatan berkaitan kes itu selesai.

Sumber: BuletinTV3

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas cubaan melakukan persetubuhan haram, Cikgu Fadilah tampil membuat laporan polis selepas mendapati video  dirinya tersebar...

Sosial

Tular dengan kontroversi hubungan terlarang, pasangan yang digelar sebagai ‘Abang Wiring’ dan ‘Cikgu Fadilah’ akhirnya mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan melakukan zina di Mahkamah...

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Majlis yang sepatutnya penuh dengan kegembiraan bertukar pilu apabila 3 ahli keluarga pengantin lelaki maut dalam kemalangan sehari sebelum berlangsungnya perkahwinan. 3 ahli keluarga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd