Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar Tingkatan Empat Direman Tiga Hari, Didakwa Pukul Rakan Hingga Pengsan

Seorang pelajar lelaki tingkatan empat kini direman tiga hari bagi membantu siasatan kes seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang mendakwa dipukul sehingga pengsan di sebuah asrama sekolah, awal pagi Isnin.

Tiga pelajar dibebaskan manakala seorang ditahan

Menurut Sinar Harian, pihak sekolah berkata, mangsa ditemui pengsan oleh guru di dalam tandas sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan.

pelajar

Foto: Sinar Harian

Selain itu, ibu mangsa hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 9.05 pagi dan pemeriksaan mendapati terdapat lebam di badan anaknya.

Difahamkan, insiden berlaku sekitar jam 12.10 tengah malam dan dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang didakwa memburukkan seorang rakan kepada salah seorang suspek.

Artikel lain: Patah Hidung, Retak Tulang Mata! Murid Tahun Dua Dakwa Dipukul Rakan Sekolah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, siasatan awal mendapati seorang pelajar berang dengan tindakan mangsa lalu mengajak tiga lagi rakan untuk mencari mangsa.

Hasil daripada tangkapan, empat pelajar berusia 16 hingga 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

pelajar

Foto: Sinar Harian

Namun, hanya suspek direman tiga hari, manakala tiga lagi dibebaskan oleh Mahkamah Sungai Petani pada Khamis.

Tambah beliau, kejadian ini merupakan kes pertama seumpamanya di asrama berkenaan dan lokasi kejadian tidak mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Kes kini disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian (Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor) 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Sosial

Seorang pemuda tampil memohon maaf selepas didakwa memperlekeh guru, dengan mengatakan dirinya belum pernah melihat profesion tersebut menggunakan kereta mewah Lamborghini meskipun sering menekankan...

Lokal

Ketika ini sedang berlangsung musim istiadat konvokesyen di seluruh negara, iaitu saat yang dinanti-nantikan oleh ribuan graduan selepas bertahun-tahun berhempas pulas menamatkan pengajian. Namun,...

Lokal

Seorang lelaki berusia 40 tahun, Mohamed Badruldin Mohamed, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas mengaku bersalah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd