Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Trauma Besar! ‘Founder’ Dakwa Pekerja Homestay Intip Ketika Dalam Bilik Air

Percutian di homestay yang sepatutnya tenang bertukar menjadi detik hitam buat pengasas produk kecantikan, Datin Lyanaz Hassan, selepas mendakwa dirinya diintip oleh seorang pekerja homestay ketika sedang berada di dalam bilik air.

Pekerja homestay rakam selama 5 minit

Menerusi pendedahan di media sosial, Lyanaz berkata rakaman itu berlaku selama kira-kira lima minit sebelum dia menyedarinya.

“Aku tengah mandi dalam toilet, kakitangan homestay mengintai record video aku mandi selama 5 minit. Handphone dah rampas, banyak gila video-video ‘blue‘ dalam handphone budak tu. Kurang ajar, sampah masyarakat! Aku dah bagi budak tu pada polis.”

Pekerja Homestay

Pekerja homestay diserah sendiri keluarga ke balai polis

Menurutnya, laporan polis telah dibuat segera dan telefon bimbit suspek turut diserahkan untuk siasatan lanjut.

Usaha awal pihak berkuasa mengesan suspek di rumah tidak berjaya, namun akhirnya ibu bapa suspek sendiri tampil menyerahkan anak mereka sambil merayu agar kes itu tidak diteruskan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun Lyanaz menolak rayuan itu.

“Kena ajar! Orang macam ni akan buat maruah orang banyak mana lagi? Kalau guest yang datang sini berapa ramai lagi dia akan record!”

Pekerja homestay

Pemilik homestay bagi kerjasama

Pemilik homestay juga tampil memberi kerjasama penuh serta menafikan dakwaan bahawa kejadian itu hanyalah gimik pemasaran.

Lyanaz turut menegaskan dia tidak pernah menggunakan cara murahan untuk meraih perhatian.

“Ya Allah ampuni aku.. aku tak nak benda ini berlaku. Apakah perasaan bila kalian semua duduk di tempat aku? Aku tak suka marketing cara kotor. Dari jauh aku datang bukan semata-mata nak buat content yang mengarut atau cara murahan. Bukan cara aku. Bukan gaya aku.”

Artikel lain: Guru Kritikal Selepas Cuba Bunuh Isteri, Kelar Diri Sendiri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejadian mengejutkan ini nyata meninggalkan trauma besar kepada Lyanaz, malah dia berharap tindakan tegas dapat diambil agar insiden sama tidak menimpa pengunjung lain di masa akan datang.

Sumber: TikTok Datin Lyanaz Hassan

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Sosial

Tindakan pempengaruh dan usahawan terkenal, Faiz Soul menjual donat seketul dengan harga RM10 kini mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen. Donat kosong seperti didakwa...

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd