Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Peguam Ditahan, Disyaki Bersubahat Seludup Bahan Terlarang Ke Penjara Marang

Seorang peguam lelaki ditahan polis selepas disyaki bersubahat dengan seorang banduan untuk menyeludup dadah ke Penjara Marang, Terengganu.

Peguam disyaki bersubahat dengan seorang banduan

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin menyatakan kes itu terbongkar hasil pemeriksaan awal terhadap banduan berkenaan yang baru selesai perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 23 Disember lalu, di mana pegawai penjara menemui objek mencurigakan di dalam tubuh banduan menggunakan mesin pengimbas.

“Banduan terbabit telah diasingkan dan diletakkan di bawah pemantauan rapi di klinik Penjara Marang sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Merchang pada keesokan harinya bagi pemeriksaan lanjut.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa objek asing di dalam tubuh badan banduan tersebut dan disyaki dadah,” jelas Mohd Khairi.

Peguam disyaki bersubahat, ditahan bantu siasatan

Menurut beliau, banduan terbabit mengeluarkan sejumlah dadah jenis pil kuda, ganja dan Erimin 5 secara bergilir, dengan jumlah keseluruhan rampasan sebanyak 123 gram pil yaba, 21 gram ganja dan 13 gram Erimin 5, bernilai sekitar RM16,000 dan mampu digunakan oleh kira-kira 800 penagih.

Susulan kejadian itu, penjara membuat laporan polis dan hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik membawa kepada penahanan peguam berusia 32 tahun bagi membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

disyaki bersubahat

Artikel lain: Namewee Lepas, Bebas Tuduhan Ambil Bahan Terlarang

Ujian air kencing peguam didapati negatif dadah dan beliau direman enam hari bermula 30 Disember 2025 hingga 4 Januari depan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 107(c) dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat, manakala kesalahan dadah boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta sebatan minima 12 kali.

Selain itu, polis turut meminta kerjasama orang awam mengesan seorang wanita, Nurul Norasikin Aldin, 30, untuk membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Khairi juga mendedahkan peguam terbabit disiasat dalam satu kes lain melibatkan kurungan dan pemaksaan menyerahkan harta di sebuah bengkel kereta di Paka, Dungun, dan polis sedang mengesan individu serta kedudukan kenderaan yang diserahkan mangsa.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda tampil menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Jumaat dengan mendakwa dirinya anak kepada wanita dikerat, sambil menceritakan semula hubungan ibunya dengan...

Lokal

Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Sabtu lalu....

Bisnes

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia...

Lokal

Seorang wanita warga Malaysia yang terkandas di Lombok, Indonesia sejak 18 tahun lalu akhirnya selamat dibawa pulang ke tanah air pada Sabtu, selepas sekian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd