Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Peguam Bertahan 8 Jam Dalam Bilik Bedah, Penuhi Hasrat Keluarga Zara Qairina

 Selama lapan jam penuh berada di bilik bedah siasat Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) di sini, peguam Shahlan Jufri menyaksikan sendiri kerja rapi empat pakar forensik bagi mencari jawapan di sebalik kematian Zara Qairina Mahathir, 13, pada Ahad lalu.

Peguam tunggal wakil keluarga

Menurut laporan Sinar Harian, Shahlan yang merupakan salah seorang peguam mewakili ibu Allahyarham, Noraidah Lamat, 45, hadir sebagai wakil tunggal keluarga untuk melihat dari dekat prosedur tersebut dari awal hingga selesai.

peguam

Mengimbas semula pengalamannya, beliau mengakui ia merupakan kali pertama menjejakkan kaki ke bilik bedah siasat.

“Sebelum ini saya hanya melihat gambar. Tetapi kali ini, setiap langkah dan proses masih saya ingat dengan jelas. Malah doktor memberitahu, mereka kagum kerana saya mampu bertahan begitu lama di dalam bilik itu,” katanya.

Menurutnya, beliau meihat secara langsung keadaan jenazah, peralatan yang digunakan seperti jenis pisau dan bekas tertentu, malah dapat merasakan suasana yang digambarkannya sebagai mencabar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kes Zara Qairina: Dakwaan Dimasukkan Dalam Mesin Basuh Satu Spekulasi – Peguam

“Mula-mula memang rasa berdebar. Kemudian timbul rasa simpati kerana tubuh arwah terpaksa dibedah semula. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilihat, dan akhirnya timbul rasa insaf,” jelasnya.

Sepanjang tempoh itu, beliau hanya keluar dua kali ke bilik kaca untuk menarik nafas segar.

“Saya langsung tidak ke tandas. Dua kali keluar pun tidak sampai lima minit sebelum dipanggil semula oleh doktor. Akhirnya saya memilih untuk terus berada di dalam kerana tidak mahu terlepas apa-apa,” ujarnya.

peguam

Dari jam 11 pagi hingga 7 malam, Shahlan juga tidak menjamah sebarang makanan atau minuman, sama seperti pasukan forensik yang bekerja tanpa henti.

“Saya benar-benar menghargai komitmen mereka. Bukan sahaja tidak makan dan minum, malah tidak duduk langsung. Saya boleh berehat sekejap, tetapi mereka sentiasa bergerak mencari tanda-tanda kecederaan lama dan baharu,” katanya.

Beliau menegaskan kehadirannya dari awal hingga akhir adalah demi memenuhi permintaan keluarga agar proses tersebut disaksikan secara teliti.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya bertahan walaupun baunya kuat dan suasananya berat. Dari mula sampai selesai, saya tetap di situ,” ungkapnya.

Shahlan turut memaklumkan, sepnajang prosedur tersebut, pasukan forensik memberikan penerangan terperinci dan menjawab pertanyaan daripada barisan peguam.

“Ada sesi soal jawab, semua diterangkan dengan baik,” tambahnya.

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sukan

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak...

Sosial

Baru-baru ini tular seoarang lelaki mencuri perhatian ramai apabila mengulas berkenaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Semenanjung Gaza. Hanya sekadar lakonan Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd