Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular Video Pegang Telefon Ketika Solat? Mufti Perjelas ‘Dibenarkan, Asalkan Tak Ganggu Khusyuk’

Pegang Telefon Ketika Solat

Hari ini, tular di media sosial memaparkan seorang wanita pegang telefon ketika solat Tarawih pada hari pertama Ramadan di sebuah masjid dipercayai terletak di Bangi, di sini, sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video berkenaan, jelas kelihatan wanita terbabit memegang telefon di sebelah tangannya sehingga mengundang persoalan dalam kalangan masyarakat.

Artikel lain: Anwar Ibrahim Potong Rambut Sambut Kedatangan Ramadan — Simbolik Sederhana, Makna Besar

Pegang Telefon Ketika Solat? Mufti Perjelas..

Menurut Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman, perbuatan memegang telefon ketika solat bagi membaca surah yang belum dihafal adalah dibenarkan asalkan tidak menganggu fokus menunaikan ibadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berkata kepada Sinar Harian, beliau menyatakan para ulama menjelaskan membaca daripada mushaf termasuk menerusi telefon dibolehkan berdasarkan amalan sebahagian ‘salaf’ yang membaca daripada mushaf ketika solat.

Bagaimanapun, adalah diingatkan untuk memegang telefon dengan satu tangan atau meletakannya di tempat yang mudah dibaca.

Ia adalah lebih baik daripada sering bergerak mengambil dan meletakkannya semula.

“Jadi, individu yang menggunakan telefon untuk membaca surah, solatnya tetap sah tanpa pergerakan banyak atau mengganggu khusyuk.
“Dalam Islam, khusyuk adalah elemen penting ketika menunaikan solat. Jika seseorang melakukan perbuatan yang mengganggu fokus solat, ini boleh menjejaskan kesempurnaan ibadah.
“Menurut pandangan Mazhab Syafie, sebarang perbuatan yang tidak berkaitan dengan solat dan mengganggu tumpuan boleh menyebabkan ibadah berkenaan terbatal,” jelasnya.

Buka, pakai semula cermin mata?

Tambah beliau, tindakan wanita dalam video berkenaan menanggalkan dan memakai semula cermin mata ketika solat adalah tidak membatalkan jika pergerakan tidak melebihi tiga kali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya lagi, solat tetap sah selagi pergerakan tidak berlebihan dan tiada interaksi dengan orang lain. Namun, Mufti menegaskan bahawa bersiaran langsung ketika solat boleh mengurangkan kekhusyukan serta memberi kesan negatif kepada pemahaman masyarakat mengenai adab dalam ibadah.

“Sebaiknya elakkan kerana solat adalah urusan peribadi antara hamba dengan ALLAH, bukan untuk tontonan umum,” katanya.

Sumber: Sinar Harian (Azleenda Sahaludin), IG Kisah Awak Dan Saya

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Seorang ahli politik Singapura dari People’s Power Party (PPP), Derrick Sim, memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menyifatkan beliau sebagai antara...

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Lokal

Seorang tukang rumah warga Indonesia dikenakan enam saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka selepas ditahan menunggang motosikal milik majikannya tanpa lesen memandu dalam...

Nasional

Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini dipercayai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd