Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pecat, Tukar Pegawai JAIM: Tindakan Keterlaluan, Kerajaan Negeri Zalim – PN

Pemimpin Perikatan Nasional (PN) membantah tindakan tatatertib yang diambil terhadap empat pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atas isu kecuaian memaparkan gambar pemimpin politik dalam slaid khutbah Jumaat, minggu lalu.

Menerusi satu hantaran di X, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan memecat dan menukar jawatan ke atas pegawai JAIM itu adalah keterlaluan.

“Saya amat bersimpati dan terkejut dengan tindakan yang amat keterlaluan dikenakan ke atas pegawai JAIM yang terlibat,” tulisnya pada Isnin.

Foto: BERNAMA

Sementara itu, Ali Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin turut mengeluarkan kenyataan melalui satu hantaran di Facebook.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mas Ermieyati berkata, tindakan tersebut adalah bersifat politik semata-mata dan menyatakan kerajaan negeri berfikiran sempit dan zalim.

“Ke sebab nak menjaga hati rakan sekutu iaitu DAP dalam kerajaan negeri Melaka ni?
“Zalim benar kerajaan negeri Melaka ni!
“Takkan dengan ada gambar Abdul Hadi dalam slaid yang tak beberapa saat dalam khutbah Jumaat baru-baru ini sampai boleh buat tindakan memecat atau menukar pegawai JAIM,” katanya hari ini.

Foto: BERNAMA

Terdahulu, heboh di media sosial berhubung slaid JAIM yang bertajuk “Negaraku, Tanah Air Ku”, bersempena sambutan Hari Malaysia menimbulkan kontroversi apabila wajah Abdul Hadi diselitkan dalam infografik tersebut.

Tidak lama selepas itu, JAIM tampil membuat permohonan maaf atas kecuaian pihaknya selain bertindak menarik semula infografik berkenaan serta merta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata tindakan itu diambil berikutan kecuaian yang menimbulkan keresahan serta rungutan awam sehingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat Islam di negeri berkenaan.

Sumber: X Abdul Hadi Awang, Facebook Mas Ermieyati Samsudin

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Lokal

Sepasang kekasih yang tular dalam sebuah video kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan berbogel di tanah perkuburan di Georgetown, Pulau Pinang direman...

Lokal

Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur membayar ganti rugi berjumlah RM824,180 kepada sepasang suami isteri selepas anak lelaki mereka maut dihempap...

Lokal

Berkat mengumpul sampah, seorang warga emas dikenali Jaafar Idrus, 74, berjaya mengumpul dana sehingga RM8,000 bagi menampung kos pembedahan mata kirinya melalui aktiviti kitar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd