Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pavilion Al-Falah @ PBAKL 2025 Bawa Pelbagai Aktiviti Dan Informasi Ilmiah

Sebanyak 14 agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bergandingan tenaga dalam menjayakan Pavilion al-Falah sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im berkata, pavilion itu adalah sebuah ekspo buku dan pameran agensi Hal Ehwal Agama yang mengetengahkan pelbagai penerbitan serta informasi ilmiah kepada orang ramai.

Program diadakan sebagai usaha memperkasa budaya membaca dan memperluas kefahaman masyarakat terhadap peranan institusi-institusi hal ehwal agama di Malaysia. berlangsung dari 23 Mei hingga 1 Jun depan di World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL).

Kemunculan Pavilion al-Falah pada PBAKL 2025 merupakan satu manifestasi komitmen kerajaan MADANI dalam memperkukuhkan syiar Islam melalui pembudayaan amalan membaca dalam kalangan masyarakat, selari dengan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW iaitu perintah membaca.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Majlis perasmian serta pelancaran buku baharu terbitan agensi-agensi hal ehwal agama telah disempurnakan oleh Mohd Na’im pada 24 Mei lalu di pentas utama PBAKL.

Malah, ia menjanjikan pelbagai aktiviti menarik antaranya pameran dan jualan buku daripada pelbagai agensi agama, pelancaran buku baharu, sesi resensi buku, bicara bersama penulis, forum ilmiah dan pelbagai lagi aktiviti interaktif yang bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Orang ramai dijemput hadir dan memeriahkan Pavilion al-Falah yang dibuka setiap hari sepanjang PBAKL 2025 bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd