Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

‘PASTI Terbuka Terima Anak Bukan Islam, Low Zi Kang Cepat Sesuaikan Diri’ – Guru

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat beberapa kes sebelum ini pelajar bukan Islam diterima di institusi pendidikan prasekolah tersebut.

Menurut laporan Malaysiakini, seorang guru Norjamiah Ayob di PASTI Nur Iman 3, Chaah mengakui pihak sekolah memang terbuka untuk menerima Low Zi Kang, atau Kang Kang, 3, yang kisahnya tular di media sosial.

“Kami menyayangi dan melayan dia sama seperti anak murid lain, tak ada beza,” katanya yang mesra dipanggil Cikgu Mia.

Sebelum ini, keputusan Zhu, 31, menghantar anaknya ke PASTI dibuat kerana dia perlu pulang ke kampung untuk menyelesaikan urusan peribadi selama kira-kira tiga bulan, dan PASTI Nur Iman 3 berada paling hampir dengan rumahnya.

Zhu kemudiannya bertanya sama ada pihak tadika bersedia menerima Kang Kang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ternyata, PASTI tersebut memang membuka pintunya kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar bangsa, agama, atau budaya.

Sementara itu, Cikgu Mia, 40, menjelaskan pendekatan PASTI berfokus pada keperluan pelajar, termasuk memastikan suasana harian mereka selesa.

Walaupun menekankan pendidikan Islam, guru-guru tidak memaksa pelajar bukan Islam mengikuti semua aktiviti secara rigid.

“Unsur rutin Islam pula saya perkenalkan melalui suasana sekolah seperti membaca doa, adab berpakaian dan tingkah laku yang baik tanpa melibatkan aspek ibadah khusus Muslim untuk Kang Kang,” ujarnya menambah bahawa Kang Kang cepat menyesuaikan diri dan aktif di kelas.

Cikgu Mia turut menekankan bahawa ibu bapa Kang Kang sedar akan silibus dan semua aktiviti PASTI, yang bukan sahaja memberi penekanan kepada akademik tetapi juga pembentukan sahsiah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Guru-guru mengajar nilai yang baik seperti menghormati guru, bersalaman, berbahasa sopan dan berdisiplin. Ini memang rutin kami setiap hari,” kongsinya lagi.

Difahamkan, Kang Kang akan meninggalkan Chaah dan kembali ke Perak pada Februari untuk sambutan Tahun Baharu Cina.

Sumber: Malaysiakini (Puteri Nordahlilah Azmi)

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd