Malam Ahad di perkarangan pusat beli-belah Klang yang sepatutnya dipenuhi gelak tawa pengunjung bertukar tegang apabila percikan api daripada pertunjukan kereta menyambar sebuah Perodua Myvi yang dipamerkan, mengakibatkan kereta itu hangus dijilat api.
Suasana gembira seketika itu bertukar panik, meninggalkan detik cemas di kalangan mereka yang hadir menyaksikan pertunjukan.
Artikel lain: Bawa Anak Autisme Ke Pameran Kereta.. Ibu Lempar Kerusi, Sumbat Botol Dalam Ekzos Sebab Bising
Video berdurasi lebih dua minit yang dimuat naik oleh akaun TikTok @tiktokshop.rose5 memaparkan detik percikan api daripada aksi ekzos berapi sebuah kenderaan lain, yang dipercayai mencetuskan kebakaran pada Myvi yang diletakkan berhampiran.
Rakaman itu menunjukkan percikan api mengenai satu batang ekzos di atas tanah sebelum menyambar kereta, mengakibatan Perodua Myvi musnah hampir sepenuhnya.
Penolong Pengarah Operasi Jabatana Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar memaklumkan bahawa kejadian berlaku sekitar pukul 9.25 malam dan melibatkan dua kenderaan iaitu Perodua Myvi dan Toyota Vios.
“Perodua Myvi musnah kira-kira 90 peratus, manakala Toyota Vios hanya mengalami kerosakan kecil sekitar dua peratus. Alhamdulillah, tiada mangsa dilaporkan cedera,” katanya.
Anggota bomba yang bertugas berjaya mengawal dan memadam kebakaran dengan pantas, mengelakkan kejadian daripada menjadi lebih serius.
Sumber: TikTok @tiktokshop.rose5







































