Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Zayn Rayyan: Pakar Psikologi Sahkan Tiada Unsur Pengabaian

Seorang pakar psikologi kanak-kanak memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa penggunaan perkataan ‘mengabaikan’ dalam pertuduhan pindaan terhadap ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin, tidak menepati definisi pengabaian seperti yang ditetapkan Pertubuhan Psikologi Amerika Syarikat (APA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut laporan Malaysia Gazette, saksi pembelaan, Dr Noor Aishah Rosli, 49, menjelaskan bahawa berdasarkan takrifan profesional, pengabaian hanya boleh disahkan jika melibatkan empat elemen utama iaitu pengabaian emosi, fizikal, pendidikan, dan keperluan asas yang berlaku secara konsisten dalam tempoh tertentu.

psikologi

Foto: Astro Awani

Beliau yang berpengalaman lebih 20,000 jam dalam bidang psikologi kanak-kanak termasuk autisme, ADHD, dan IQ rendah, berkata turut meneliti laporan polis serta kenyataan ibu mangsa yang menyatakan Zayn Rayyan merupakan kanak-kanak autisme yang tidak boleh bercakap.

“Dalam dokumen yang dibaca, ibu berjalan di hadapan manakala anak di belakang. Tiada tanda pengabaian dapat disimpulkan dalam situasi itu,” katanya.

Artikel lain: “Mayat Yang Dijumpai Bukan Zayn Rayyan, Itu Budak Lain” – Ismanira

Beliau turut mengesahkan telah membaca laporan bedah siasat yang menyebut terdapat kecederaan pada badan, telinga, kepala dan kemaluan mangsa, namun tiada tanda mangsa melawan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Laporan tersebut menyebut kecederaan konsisten dengan elemen penderaan tetapi tidak dinyatakan secara jelas berlaku pengabaian,” ujarnya.

Noor Aishah berkata, selepas membandingkan laporan-laporan perubatan dan polis dengan definisi pengabaian mengikut APA dan WHO, kes tersebut tidak memenuhi kriteria pengabaian.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada bukti dalam laporan perubatan yang menunjukkan Zayn Rayyan adalah mangsa pengabaian.

Katanya, seorang saksi pendakwaan, Dr Bernice, turut mengakui bukan pakar psikologi dan tidak layak memberikan pandangan profesional mengenai isu pengabaian kanak-kanak.

psikologi

Foto: Kosmo!

“Yang layak memberi pandangan ialah pakar psikologi kanak-kanak seperti saya,” tegasnya.

Tertuduh, Ismanira Abdul Manaf, kini membela diri atas pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan bersama suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, mahkamah sebelum ini melepas dan membebaskan Zaim Ikhwan selepas mendapati tiada kes prima facie terhadapnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesalahan itu didakwa berlaku di sekitar Blok R, Apartment Idaman sehingga kawasan sungai berdekatan antara jam 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Pendakwaan dikendalikan TPR Raja Zaizul Faridah bersama Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi, manakala pembelaan diketuai peguam Haresh Mahadevan bersama Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh.

Sumber: Malaysia Gazette (Kasthuri Jeevandran)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Datin Rosnih Nasir menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan yang mengaitkan beliau dengan insiden tragik...

Lokal

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan polis selepas dipercayai menumbuk dan ugut guru dalam kejadian di dalam sebuah sekolah menengah di Taman Kajang...

Sosial

Seorang wanita berusia 50 tahun yang didakwa dikurung di sebuah pusat jagaan sejak hampir satu dekad lalu oleh suaminya sendiri, kini dilaporkan hilang selepas...

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penghantar makanan sujud di atas permukaan jalan raya tanpa sebarang alas telah mengundang rasa sebak ramai....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd