Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Misteri 9 Rumah Dibakar, Suspek Dipercayai Berdendam Akibat Sering Dibuli Di Tempat Kerja

Kes misteri sembilan buah rumah dibakar membabitkan kerugian RM300,000 di Kupang, Baling baru-baru disyaki dilakukan seorang lelaki yang berdendam dipercayai akibat sering dibuli di tempat kerja.

Memetik laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Kedah Fisol Salleh memaklumkan bahawa suspek berusia 23 tahun itu yang juga penduduk kawasan tersebut ditahan kira-kira 12.30 tengah malam, Isnin lalu.

Misteri 9 rumah dibakar terjawab

9 Rumah Dibakar

Foto: FMT

9 rumah dibakar angkara dendam

Menurut Fisol, sembilan kes khianat api yang dilakukan penganggur itu berpunca perasaan dendam kerana sering dibuli di tempat kerja, selain suspek juga dipulau penduduk setempat.

“Kesemua sembilan kes khianat yang dilakukan suspek berpunca daripada dendam kerana sering dibuli di tempat kerja sebelum ini,” katanya.

Selain itu, suspek sebelum ini bekerja di sebuah kilang getah dan berhenti kira-kira tiga bulan sebelum kebakaran pertama berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

9 Rumah Dibakar

Foto: Kosmo! Online

“Kita percaya disebabkan perasaan dendam, dia bertindak membakar sembilan rumah dengan kerugian tertinggi sebanyak RM300,000,” ujarnya.

Tambah Fisol lagi, suspek direman sehingga Sabtu dengan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Artikel lain: Wanita Bakar Motosikal Direman Tiga Hari

Difahamkan, modus operandi suspek adalah mencurahkan petrol di atas motosikal lalu membakarnya, sebelum api merebak ke rumah penduduk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

9 Rumah Dibakar

Foto: Kosmo! Online

Terdahulu, menurut laporan Harian Metro, penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang runsing memikirkan misteri kebakaran yang didakwa berlaku secara berturut-turut di sembilan lokasi sejak pertengahan bulan lalu.

Kebanyakan kebakaran membabitkan motosikal yang diletakkan di hadapan rumah mangsa, selain terdapat juga kejadian merebak sehingga menyebabkan kereta serta rumah turut terbakar.

Sumber: Kosmo! Online (Norlida Akmar Idros), Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah dalam daerah ini ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah...

Lokal

Seorang lelaki berusia 22 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Klang pada Rabu selepas mengaku bersalah membunuh dan membakar kekasihnya...

Politik

Undi Pos Belum Diputuskan! Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiada pelaksanaan undi pos bagi rakyat Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya...

Sosial

Seorang lelaki meluahkan rasa kesal selepas mendakwa kereta Perodua Axia miliknya dihimpit dua ambulans di kawasan parkir Hospital Seberang Jaya sehingga tidak dapat dikeluarkan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd