Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Nahas UPSI: YPM Salur Sumbangan Kilat RM1,000 Kepada Mangsa

Yayasan Pelajaran Mara (YPM) menyalurkan sumbangan kilat sebanyak RM1,000 kepada setiap pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang terbabit kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik awal pagi tadi.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki yang mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid kepada beberapa keluarga mangsa terselamat dan terkorban di Hospital Gerik hari ini.

“Hati saya amat tersentuh melihat keadaan mangsa serta bertemu sendiri dengan ahli keluarga mereka di Hospital Gerik.
“Lebih memilukan apabila ada dalam kalangan mereka yang baru menerima khabar kehilangan insan tersayang sejurus sampai di tempat kejadian yang baru tiba dari Jerteh,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook sebentar tadi.

Pada masa sama, beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO menitipkan doa kepada semua mangsa agar diberi kekuatan dan kesembuhan selepas berdepan tragedi meragut 15 nyawa itu.

“Doa kami mengiringi semua mangsa agar diberi kekuatan dan kesembuhan segera. Semoga keluarga yang kehilangan terus tabah menghadapi ujian yang amat berat ini,” ujarnya.

Menurut laporan, kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa 42 pelajar UPSI telah melanggar belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza sebelum hilang kawalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak bomba mengesahkan seramai 14 pelajar dan seorang kelindan bas disahkan maut, dimana mereka yang meninggal dunia terdiri 10 perempuan dan lima lelaki.

Sumber: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd