Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Musim Haji 1446H: 284 Jemaah Malaysia Berangkat Ke Tanah Suci

Musim haji 1446 Hijrah kini bermula secara rasmi dengan penerbangan sulung membawa 284 jemaah Malaysia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Tanah Suci awal pagi tadi.

Menurut laporan Sinar Harian, mereka terdiri daripada jemaah dari stesen Alor Star, Kedah dan Sepang, Selangor.

Pesawat Malaysia Airlines MH8050 berlepas pada jam 4.05 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz di Madinah pada jam 7.50 pagi waktu tempatan.

Foto: Sinar Harian

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, ketika hadir di majlis pelepasan di KLIA menegaskan komitmen penuh kerajaan melalui Lembaga Tabung Haji (TH) dalam memastikan kebajikan jemaah sentiasa terpelihara sepanjang perjalanan ibadah.

Menurut beliau, kejayaan pengurusan haji memerlukan dedikasi tinggi dan perancangan rapi oleh pihak TH

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ia bukanlah tugas yang mudah dan memerlukan pengurusan yang cemerlang,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelepasan kumpulan pertama jemaah di KLIA awal pagi Selasa.

Dalam ucapan kepada jemaah, Dr. Mohd Na’im mengingatkan agar mereka memanfaatkan peluang sebagai tetamu Allah dengan memperbanyakkan amal ibadah serta menjaga adab sepanjang berada di Tanah Suci.

Beliau juga menasihatkan jemaah supaya mematuhi undang-undang dan peraturan kerajaan Arab Saudi bagi menjaga imej Malaysia.

“Saya ingin mengingatkan semua jemaah agar mengelakkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang tuan rumah. Fokuslah kepada ibadah dan patuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak TH untuk mencapai haji yang mabrur,” tambah beliau.

Malaysia terus memperkukuh kerjasama dengan Arab Saudi menerusi program ‘Makkah Route’ yang kini memasuki tahun ketujuh, memudahkan proses imigresen jemaah sebelum berlepas serta,

Malaysia juga mencipta sejarah sebagai negara pertama di dunia mengagihkan Kad Nusuk kepada jemaah di tanah air sendiri, hasil kerjasama antara TH, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi serta syarikat AlMasMasyair.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Kosmo!

“Inisiatif ini membuktikan hubungan erat antara kedua-dua negara dalam usaha mempermudah serta memperkemaskan urusan perjalanan jemaah Malaysia, selain mengurangkan kesesakan semasa ketibaan di Tanah Suci,” jelas beliau.

Sebanyak 100 penerbangan khas disediakan tahun ini, dikendalikan oleh AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines, melibatkan seramai 31,600 jemaah Malaysia dan penerbangan jemaah dijadualkan berakhir pada 1 Jun 2025.

TH memaklumkan bahawa petugas-petugas haji telah dihantar ke Arab Saudi seawal 24 April lalu bagi memastikan segala persiapan rapi sebelum ketibaan para jemaah.

Selain dari stesen Alor Star dan Sepang, enam lagi stesen berlepas di seluruh negara akan digunakan, iaitu di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Bayan Lepas, Senai, Kuching, dan Kota Kinabalu.

Sumber: Sinar Harian (Mohd Azlim Zainury)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga pempengaruh media sosial memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai selepas dikecam berhubung video tular yang memaparkan mereka memberikan sisa tulang ayam kepada...

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya remaja berusia 13 tahun itu dimasukkan ke dalam mesin...

Lokal

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa menjelaskan insiden Jalur Gemilang dipasang terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson berlaku tanpa sengaja...

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan rakaman audio berdurasi 44 saat yang tular memaparkan perbualan antara pelajar itu dan ibunya berkaitan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd