Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Nafkah, Wanita Dan Anak Cedera Dipercayai Dipukul Bekas Suami

Seorang wanita mengalami kecederaan selepas dipercayai dipukul oleh bekas suaminya susulan perselisishan faham berkaita tuntutan nafkah dalam satu kejadian di Taman Scientex Kundang Jaya, Kundang, pada Ahad.

Wanita dan anak dipukul bekas suami

Menurut laporan Sinar Harian, lebih menyedihkan, anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun cedera selepas didakwa ditolak oleh suspek ketika insiden berlaku kira-kira jam 11.47 malam.

wanita

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Abang Kaderi Abang Wasli memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 10.33 pagi Isnin.

Artikel lain: Isteri Tak Sangka Dicurangi Suami, Dakwa Pernah Tidur Sekatil Dengan Penyondol

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika suspek menghantar anak mereka ke kediaman mangsa sebelum bertindak agresif terhadap bekas isterinya.

wanita

“Suspek berusia 34 tahun dipercayai menyerang bekas isteri dan turut mencederakan anak perempuan mereka,” katanya.

Tambah beliau, polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Kes kini masih dalam siasatan lanjut pihak polis.

wanita

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Muhammad Amirul Mohd Sharit di talian 016-6740989 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalaam masa sama, polis menasihatkan orang awam agar tidak menyebarkan spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan kes ini.

Terdahulu, kejadian itu turut tular di media sosial apabila satu rakaman video yang dirakam oleh bekas isteri lelaki terbabit memaparkan suspek berdua-duaan bersama seorang wanita di dalam sebuah kereta yang didakwa sebagai penyondol.

Rakaman tersebut dipercayai mencetuskan pertengkaran antara kedua-duanya sebelum insiden kekerasan berlaku.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Lebihan Makanan Dibasuh Untuk Haiwan! Pemilik restoran RB Nasi Kandar, Datuk Fadzil A Bakar, menafikan dakwaan bahawa premisnya di Kemayan Square membasuh lebihan makanan...

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd