Polis mengesahkan wanita yang didakwa menetap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 merupakan warga tempatan dan mempunyai rekod berkaitan masalah kesihatan mental.
Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah memaklumkan, individu berkenaan telah ditahan pada 18 Disember lalu bagi tujuan pemeriksaan lanjut.
Menurut beliau, hasil siasatan mendapati wanita itu memiliki kad berkaitan kesihatan mental sebelum tindakan seteruskan diambil dengan menyerahkannya kepada pihak Hospital Kajang untuk rawatan dan pemantauan lanjut.
Artikel lain: Pelancong India Mengamuk, Dapat Burger ‘Non Vege’ Dibeli Di McD KLIA
“Wanita tersebut telah diserahkan ke Hospital Kajang selepas pemeriksaan dijalankan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata punca sebenar kehadiran wania itu KLIA Terminal 1 masih belum dapat dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Sebelum ini, tular di media sosial rakaman memaparkan seorang individu dipercayai tinggal di kawasan terminal lapangan terbang berkenaan bersama barangan peribadi.
Individu itu dilihat bergantung sepenuhnya kepada kemudahan awam seperti akses internet, pendingin hawa serta bekalan air yang disediakan di KLIA.
Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)







































