Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dinobatkan sebagai ‘Bapa Malaysia’ atas sumbangan beliau dalam isu berkait Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Memetik laporan Harian Metro, Perwakilan Parti Rakyat (PKR) dari Sabah, Antakor Rasam berkata demikian ketika berucap di Kongres Nasional PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.
Wakil PKR Sabah cadang Anwar dinobatkan ‘Bapa Malaysia’
Foto: Sabah Gazette
Selain itu, Antakor juga berkata Anwar juga tidak pernah ada dalam perlembagaan mana-mana parti sebaliknya hanya di PKR, tidak seperti Perdana Menteri sebelumnya.
“Dengan kuasa tuhan, Presiden PKR diangkat menjadi Perdana Menteri. Beliau telah melantik Timbalan Perdana Menteri dari Borneo. Segera membentuk Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.
Artikel lain: “Coldplay Ini Antara Kumpulan Yang Sokong Palestin..”- Anwar Ibrahim
“Dan terkini dalam sejarah Dewan Rakyat, meluluskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang membolehkan wakil dari Sabah dan Sarawak dilantik sebagai anggota LHDN.
“Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri sebelumnya. Maka dengan itu, saya fikir tidak ada keraguan lagi, Anwar perlu dinobatkan sebagai Bapa Malaysia,” katanya.
Foto: New Straits Times
Dalam pada itu, Antakor juga menggesa agar pimpinan PKR di Sabah agar ‘sihat walafiat’ kerana pilihan raya akan berlangsung tidak lama lagi di negeri itu.
“Pilihan raya tidak lama lagi. Kita perlu menggarap segala sumber dan kekuatan untuk menang kerana pilihan raya itulah yang menjadi kayu ukur kepada pilihan raya umu akan datang.
“Oleh yang demikian, garis dasarnya ialah kesatuan dan perpaduan dalam kalangan pimpinan PKR di Sabah perlu sihat walafiat. Tidak perlu kita kuat tapi kalau kita berantakan sama sendiri hancur,” ujarnya.
Sumber: Harian Metro (Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid)