Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ustaz Azhar Idrus Lulus Tauliah Beri Ceramah & Mengajar Agama

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus berjaya mendapatkan tauliah mengajar apabila Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengesahkan hal tersebut.

Tauliah Ustaz Azhar sah selama 5 tahun

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, pihak Maidam telah memaklumkan tauliah mengajar pendakwah berkenaan sah selama lima tahun bermula dari 1 Julai 2023 sehingga 30 Jun 2028.

Beliau bebas untuk memberi ceramah dan mengajar agama Islam secara berkitab.

Terdahulu, isu pendakwah berkenaan tidak mempunyai tauliah mengajar telah menjadi perbualan di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, isu tersebut reda apabila Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, M. Rozi Bidin mengesahkan Ustaz Azhar dan beberapa individu lain telah hadir secara sukarela untuk memohon tauliah mengadakan ceramah dan kuliah agama pada Mei lalu.

Beliau memaklumkan proses seterusnya ialah membentangkan hasil temuduga itu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pendidikan Agama Islam Maidam sebelum tauliah dikeluarkan.

Artikel lain: JHEAT Sahkan Ustaz Azhar Idrus Tiada Tauliah Untuk Ceramah Di Terengganu

Sebelum ini, Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail dilaporkan berkata, hanya individu yang mempunyai tauliah sahaja dibenarkan menyampaikan kuliah dan ceramah di masjid dan surau di Terengganu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Larangan berkenaan juga berkuatkuasa kepada semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Dewan Negara apabila mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan masjid serta surau di Terengganu sebagai pentas kuliah atau ceramah.

Perkara tersebut bertujuan memastikan masjid dan surau tidak disalah guna, selain mengelak pengisiannya bercampur aduk dengan unsur politik kepartian.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin juga pernah menzahirkan rasa dukacita dengan pembabitan segelintir ahli politik yang menyampaikan kuliah, ceramah dan pengajaran agama di masjid dan surau serta bertindak sebagai khatib dan imam solat Jumaat tanpa kebenaran Maidam.

Sumber: Utusan Malaysia (Kamaliza Kamaruddin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd