Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Usia Dah Makin Meningkat, Luna Maya Mahu Anak Sebelum Menopaus

Pelakon popular Indonesia, Luna Maya meluahkan hasrat yang terbuku di dalam hatinya yang ingin memiliki anak sebelum dirinya berginjak ke fasa menopaus.

Menurut laporan mStar, Luna mengakui tidak tidak menemui kaedah yang lain untuk memenuhi hasratnya itu melainkan dia mendirikan rumah tangga.

“Sasaran saya ingin mendapatkan anak sebelum menopaus. Saya fikir selama kita mampu dan boleh, kita masih ada kesempatan untuk mendapatkan anak sebelum menopaus.
“Setiap wanita pastinya ingin berkahwin kerana sifat keibuaan memang dah ada dalam diri wanita. Tapi bila tak ada cara yang sesuai dan saya tidak boleh memaksa,” katanya.

Bukan itu sahaja, pelakon yang berusia 40 tahun itu turut memberitahu dia lebih selesa mengekalkan status bujangnya dan tidak mahu terlalu memikirkan soal perkahwinan.

Tambahnya lagi, dia membuat keputusan seperti itu kerana tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk mendirikan rumah tangga kelak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya juga tidak mahu meletakkan target tertinggi saya adalah menikah,”ujarnya lagi.

Sekadar info, Luna pernah menjalinkan hubungan bersama jejaka barat namun, percintaan tersebut akhirnya terlerai di pertengahan jalan.

Sumber: mStar 

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Pempengaruh dan doktor terkenal, Dr Malar mengecam keras penjualan arak di premis terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu. Menerusi hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd