Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Usia Bukan Penghalang, Datuk Tiga Cucu Berjaya Dapat B Bagi Matematik, C+ Dalam Sains

Pada usia 61 tahun, Hamidan Yahaya, seorang pemandu awam di Kem 504 Askar Wataniah, Chuping, berjaya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dan memperoleh gred B bagi subjek Matematik serta C+ untuk subjek Sains.

Usia bukan jadi penghalang

Memetik laporan Berita Harian, tindakan Hamidan itu dibuat sebagai cabaran kepada diri sendiri dan cucunya, terutama selepas menduduki SPM pada tahun sebelumnya dalam keadaan terluka akibat kemalangan motosikal pada 1 Disember, hanya tiga hari sebelum peperiksaan bermula.

Walaupun pernah menduduki SPM semasa muda, kali ini Hamidan mengambil subjek yang pada percubaan pertama dahulu mendapat keputusan kurang memuaskan. Pencapaian itu amat signifikan bagi bapa kepada lima anak dan datuk kepada tiga cucu tersebut.

“Ketika kemalangan, saya berada di Kampung Jawi sekadar mahu melihat suasana banjir surut, tapi tak perasan ada lopak air lalu terpelanting.
“Saya pada awalnya jangka akan dapat keputusan B ke bawah sebab menahan sakit ketika menjawab soalan. Alhamdulillah, saya tak sangka dapat gred B untuk Matematik,” ujarnya.

Menurut Hamidan, dia pada asalnya mendaftar sebagai calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Fauziah, tetapi terpaksa menumpang ujian di SMK Syed Sirajuddin kerana laluan ke sekolah asal terputus akibat banjir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keputusan untuk menduduki peperiksaan itu didorong oleh minat menguji keupayaan minda dan IQ, selain mahu mencabar diri sebelum bersara.

“Saya membesar sebagai anak yatim sejak Tingkatan Satu. Dulu saya buat pelbagai kerja untuk mendapatkan wang ke sekolah sehingga ada banyak hari tak hadir kerana diuji dengan masalah kemiskinan dan kewangan.
“Pernah satu ketika, saya tengok ada lima pelajar perempuan sedang buat tuisyen Matematik tapi mereka tak boleh jawab. Saya cuba bantu dan berjaya selesaikan soalan itu. Dari situ, walaupun silibus sudah berbeza, saya mula beli buku latihan dan buat ulang kaji sendiri,” jelas Hamidan, yang berasal dari Kampung Bohor Tui, Sungai Berembang.

Artikel lain: Isu Kelayakan SPM: Faiz Soul Ajak Berdamai, Hargai Permohonan Maaf Dr. Malar

Hamidan turut berkongsi bahawa beliau merancang untuk mendaftar tiga subjek bagi SPM 2026 iaitu Matematik, Sains dan Geografi.

Sebagai rekod, pada percubaan terdahulu, Hamidan memperoleh gred A untuk Matematik pada SPM 2022, B+ untuk Sains (2023) dan C untuk Matematik (2024).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Noor Sara Mohamad Hanif)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan reformasi menyeluruh serta mempercepatkan proses pemilihan kepimpinan baharu susulan kejatuhan mendadak ranking skuad...

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd