Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Usah Eksploitasi Isu KK Super Mart Untuk Tujuan Politik, Tan Teik Cheng Bidas Tuntutan Ketua Pemuda UMNO

Naib presiden Malaysia Chinese Association (MCA), Datuk Tan Teik Cheng meminta Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh supaya tidak menjadikan isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart sebagai eksploitasi politik.

Terdahulu, penjualan stoking berjenama MiranoSock yang tertera kalimah Allah SWT di beberapa kedai rangkaian serbaneka, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) telah mengundang kemarahan orang ramai khususnya orang beragama Islam.

Dipetik menerusi The Star, Tan berkata tuntutan Akmal yang untuk memohon pemasangan sepanduk permohonan maaf di semua 881 cawangan KK Super Mart di seluruh negara hanya akan memburukkan lagi ketegangan kaum.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ahli politik yang cuba mengeksploitasi insiden sedemikian untuk tujuan politik mereka hanyalah merumitkan isu serta menghalang penyelesaian yang seharusnya dicapai.
“Dalam menangani isu sebegini, ahli politik seharusnya mengelak daripada mengeksploitasinya untuk kepentingan peribadi atau politik tetapi harus memberi tumpuan untuk mendahului kepentingan awam, barulah isu itu dapat diselesaikan dengan baik, dan komitmen kerajaan terhadap tanggungjawabnya kepada orang ramai dapat disampaikan,” kata Tan.

Tan berkata insiden ini menjadi pengajaran yang baik kepada masyarakat Malaysia yang pelbagai, dimana Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan kepercayaan agama, dan semua etnik harus kekal berhati-hati dalam isu sensitif itu

Foto: The Vibes

“Sebagai rangkaian kedai serbaneka yang terkenal, KK Super Mart tidak membuat alasan selepas kejadian itu tetapi memilih untuk mengakui kesilapan mereka, memohon maaf dan segera menyelesaikan isu itu, sekali gus ia adalah pendekatan yang betul dalam menyelesaikan isu tersebut,” jelasnya lagi.

Pada Sabtu, pengasas KK Super Mart, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, mereka bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku dan telah membuat laporan polis dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa itu untuk menyelsesaikan isu ini.

Rangkaian kedai serbaneka itu turut menyerahkan surat kepada Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan pihak berkuasa agama untuk penjelasan lebih lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber : The Star

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Lokal

Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat koperal ditahan bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd