Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Universal Pictures Berjaya Benam Disney Studios, Raih Kutipan Filem Tertinggi 2023

Universal Pictures berjaya benam Disney Studios apabila ketiga-tiga filem tersebut mendorong kepada kutipan tertinggi sepanjang tahun 2023.

Menurut laporan mStar, filem Barbie meraih kutipan tertinggi dengan jumlah AS$1. 4 bilion (RM6.48 bilion) diikuti The Super Mario Bros dan Oppenheimer yang masing-masing mendapat kutipan AS$1.3 bilion (RM6.02 bilion) dan AS$950 juta (RM4.4 bilion).

Universal Pictures berjaya benam Disney Studios

Artikel lain: ‘The Marvels’ Catat Kutipan Terendah – “Ini Kejatuhan Box Office MCU”

Difahamkan, Universal mencatat keuntungan lebih AS$4.9 bilion (RM22.7 bilion) berbanding kutipan Disney AS$4.8 bilion (RM22.3 bilion) untuk tempoh sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pun begitu, terdapat beberapa hasil keluaran Disney tersenarai dalam 10 filem terlaris sepanjang tahun 2023 walaupun tewas di tangan Universal.

Ia termasuklah empat filem Disney pecah panggung di peringkat global dan tiga yang lain filem terbesar di peringkat domestik.

Sementara itu, filem baharu dalam Marvel Cinematic Universe, The Marvels catat kutipan terendah dalam sejarah francais berkenaan iaitu AS$47 juta dalam pasaran hujung minggu sulungnya di Amerika Syarikat dan secara tidak langsung gagal menembusi senarai 10 filem terlaris sepanjang tahun lalu.

The Marvels, yang dibintangi oleh Brie Larson, Iman Vellani dan Teyonah Parris hanya memperoleh AS$63.3 juta dalam jualan tiket dan menjadikan jumlah keseluruhan kepada AS$110.3 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut perunding filem Franchise Research Entertainment, David A Gross, rekod tersebut merupakan sejarah terburuk yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Namun, Guardians of the Galaxy Vol. 3 yang meraih AS$845 juta (RM3.9 bilion) telah menjadi penyelamat untuk tersenarai 10 filem terlaris 2023.

Sumber: mStar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd