Polis membuka dua kertas siasatan berhubung insiden khianat serta ugutan jenayah yang berlaku terhadap aktivis, Cikgu Chandra di kawasan perumahannya di Taman Kinrara, Puchong.
Polis terima laporan berkaitan insiden Cikgu Chandra
Menerusi kenyataan di buat Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar menyatakan pihaknya menerima dua laporan polis berasingan berkaitan kejadian terbabit.
Beliau berkata, bagi insiden pertama, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
“Bagi insiden kedua pula, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan berkaitan kejadian khianat dengan api yang membabitkan sebuah kenderaan di lokasi sama,” katanya.
Polis siasat motif libatkan Cikgu Chandra
Menurutnya, polis kini menjalankan siasatan terperinci dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti motif serta individu yang terbabit dalam kedua-dua kejadian berkenaan.
Sehubungan itu, orang ramai diminta memberi ruang sepenuhnya kepada pihak polis untuk melengkapkan proses siasatan.
Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi yang boleh menjejaskan keharmonian kaum serta ketenteraman awam.
Terdahulu, media melaporkan tiga kereta milik Cikgu Chandra Muzaffar terbakar dipercayai dilakukan sekumpulan lelaki tidak dikenali.
Artikel lain: Makin Melampau! Tiga Kereta Cikgu Chandra Dibakar Jam 3 Pagi
Perkara itu dikongsikan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang memuat naik gambar kejadian berkenaan di Facebook.








































