Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tunggang Motosikal Tumpat-Kulim Untuk Bertemu, Remaja 14 Tahun Diperkosa Teman Lelaki

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menjadi mangsa perkosa selepas nekad menunggang motosikal lebih 500 kilometer dari Tumpat, Kelantan ke Kulim, Kedah untuk bertemu teman lelakinya yang dikenali melalui media sosial.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, kejadian terbongkar selepas mangsa mengaku telah bertemu lelaki berusia lingkungan 30-an itu buat kali pertama di Kulim dan telah diperkosa ketika berjumpa pada Mac lalu.

Foto: Utusan Malaysia

Menurutnya, pengakuan itu dibuat selepas remaja berkenaan didesak oleh ibu bapanya dan hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak hospital mendapati ada kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

“Siasatan lanjut mendapati, mangsa mengenali suspek beberapa bulan lalu di media sosial sebelum mereka mula berhubung melalui WhatsApp. Mangsa kemudian mengajak seorang rakan sebaya untuk menemaninya ke Kulim bagi bertemu dengan lelaki itu.
“Semasa dalam perjalanan, motosikal mangsa mengalami kerosakan semasa di Gerik, Perak sehingga mereka berdua terpaksa menggunakan kenderaan awam untuk meneruskan perjalanan ke Kulim,” katanya.

Mangsa dikatakan pulang semula ke Tumpat sebelum suspek berjaya ditahan di Kulim, susulan laporan polis yang dibuat oleh ibu bapa remaja tersebut.

Foto: thesun

Menurut Mohd. Yusoff, kejadian itu terbongkar selepas bapa mangsa membuat laporan orang hilang apabila anaknya tidak pulang ke rumah selama empat hari.

Sumber: Utusan Malaysia (Muhammad Yatimin Abdullah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Sosial

Keikhlasan seorang jururawat menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas berbangsa India yang tular di media sosial baru-baru ini membuktikan bahawa ihsan dan kemanusiaan mengatasi...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd