Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Tun M Dakwa Ada Rundingan Kerjasama Antara GTA-PN, Muhyiddin Kata Tiada Perbincangan

Nampaknya impian Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjalinkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) seakan tidak tercapai apabila, pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tiada sebarang perbincangan rasmi membabitkan PN dan GTA untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tiada pun rundingan sampai ke peringkat tertinggi

Walaupun sebelum ini Mahathir ada menyatakan yang perbincangan itu tidak melibatkan Muhyiddin, namun pengerusi PN itu menyatakan ‘berita’ tersebut tidak sampai ke peringkat tertinggi juga.

“Saya tidak tahu di mana ada rundingan, tak sampai ke peringkat tertinggi pun. Kalau ada peringkat bawah atau mana-mana itu bagi saya tidak penting.
“Yang penting kita di peringkat parti, setakat hari ini tidak ada perbincangan rasmi dibuat,” katanya menerusi laporan dari Sinar Harian.
View this post on Instagram

A post shared by Sinar Harian (@sinarharian)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tak ada PN Plus setakat ini”

Bekas perdana menteri Malaysia yang ke-8 itu juga memaklumkan yang PN telah memutuskan bahawa akan meneruskan inisiatif dengan gabungan dalam parti itu sahaja.

Jelasnya lagi, pihak PN bukanlah enggan bekerjasama dengan GTA namun semua telah disusun dari awal untuk bertanding di PRU15 kali ini.

“Jadi masing-masing akan teruskan atas agenda PN bukan PN Plus, tidak ada setakat ini,” ujarnya.

Tun M kata rundingan masih berjalan

Terdahulu, memetik dari laporan Malaysia Gazette, Mahathir memaklumkan yang rundingan dengan PN masih berjalan namun mengalami sedikit masalah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Rundingan dgn PN masih berjalan kerana ada masalah sikit yang belum kita putuskan.
“Kita setuju untuk adakan apa jenis kerjasama. Kita tentulah sesuaikan calon itu supaya tidak bertindih calon Pejuang dengan PN.
“Walaupun demikian kita sudah tentu beberapa kawasan yang kita telah tetapkan siapa yang akan bertanding,” katanya.

Rundingan tak libatkan Muhyiddin, beri PN tempoh 2 hari untuk beri keputusan

Jadi, bekas perdana menteri ke-4 dan ke-7 negara itu telah memberi masa dua hari kepada PN untuk memuktamadkan kerjasama dengan GTA.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita bagi tempoh dua hari sebab kita akan putuskan segalanya pada 2 November depan,” katanya.

Ujarnya lagi, rundingan dengan PN melibatkan tiga wakil daripada GTA iaitu beliau; Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya.

Manakala dari pihak PN pula adalah Datuk Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin tanpa kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan presiden untuk Perikatan Nasional itu.

Sumber: Malaysia Gazette (Muhammad Azizul Othman), Sinar Harian (Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Sosial

Adam Alis, pemain bola sepak Indonesia, tiba-tiba menjadi buah mulut netizen Malaysia selepas dua videonya tular di media sosial. Video pertama memaparkan dia dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd