Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tuduhan Lawatan Rasmi PM Hanya ‘Jalan-Jalan’ Cerminan Kepemimpinan Berminda Kecil – Farhan

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Farhan Fauzi menempelak dakwaan segelintir pihak mengatakan lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara sebagai ‘jalan-jalan’.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, Farhan menyifatkan tuduhan itu sebagai cetek dan tidak berpijak di bumi nyata.

“Tuduhan segelintir pihak daripada blok pembangkang bahawa lawatan rasmi YAB Perdana Menteri hanyalah ‘jalan-jalan’ adalah cerminan kepemimpinan yang berminda kecil,” tulisnya hari ini.

Menurut beliau, setiap lawatan rasmi Perdana Menteri membawa misi strategik yang berimpak langsung kepada rakyat dan ekonomi negara.

Antara agenda utama yang dibawa termasuk usaha menarik pelaburan berkualiti tinggi, memperkukuh hubungan dua hala, membuka pasaran baharu untuk syarikat Malaysia serta memperjuangkan suara negara membangun di pentas antarabangsa seperti BRICS.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini bukan suka-suka jalan-jalan. Ini diplomasi ekonomi dan geopolitik yang proaktif dan berpandangan jauh,” tegasnya lagi,” ujarnya.

Farhan turut memaklumkan bahawa pendekatan diplomasi aktif di bawah kepimpinan Anwar telah menghasilkan peningkatan ketara dalam pelaburan diluluskan, iaitu sebanyak RM378 bilion, meningkat 14.9 peratus.

Manakala nilai dagangan Malaysia pada 2024 mencecah RM2.88 trilion, peningkatan 9.2 peratus, menjadikan Malaysia antara ekonomi terbuka paling aktif di rantau ini.

“Dengan nisbah dagangan kepada KDNK mencecah 130 peratus, pendekatan proaktif ini bukan saja tepat tetapi amat diperlukan,” jelasnya.

Sebagai perbandingan, Farhan menyelar kegagalan era terdahulu yang menurutnya “tempang, lemah dan ketandusan idea” dengan dasar luar negara yang tidak ke mana-mana.

“Era kepemimpinan ibarat seperti ‘seekor belalang di tepi lautan’ itu sudah lama berlalu sejak Kerajaan MADANI memandu negara kita,” katanya lagi.

Beliau menegaskan, Malaysia kini kembali dilihat sebagai rakan strategik dan berprinsip di peringkat antarabangsa, hasil dasar luar yang jelas dan komitmen Perdana Menteri di platform global.

“Rakyat hari ini tidak berminda seperti tokoh-tokoh kecil dalam pembangkang yang cuba herotkan persepsi. Mereka tahu siapa yang benar-benar bekerja untuk negara dan siapa yang sekadar menabur tohmahan,” kongsi Farhan.

Untuk makluman, Anwar yang juga Menteri Kewangan melakukan siri lawatan tiga hari ke negara Itali, Perancis dan Brazil sebagai usaha berterusan dalam mengukuhkan hubungan dua hala selain menggalakkan kerjasama ekonomi di peringkat global.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tindakan dua individu berpakaian mencolok mata ketika melakukan senaman aerobik di Bukit Badong mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial. Rakaman video yang dimuat naik...

Sosial

Sunway Medical Centre, Sunway City menafikan dakwaan palsu yang tular di media sosial berhubung pengabaian rawatan terhadap seorang pesakit dari Indonesia, sambil menegaskan semua...

Nasional

Kerajaan akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035, sebuah rancangan strategik yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi. Majlis...

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd