Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Transgender Paling Cantik Thailand Sah Bergelar ‘Isteri’ Kepada Pewaris Kaya

Transgender Thailand, Nong Poy  yang pernah mengejutkan ramai apabila mengumumkan bakal berkahwin dengan seorang pewaris kaya dikenali sebagai Oak Phakwa Hongyok kini telah sah bergelar ‘isteri’ kepada jejaka kacak itu.

Kahwin di Phuket 1 Mac kelmarin

Memetik laporan dari media The Nation Thailand, Nong Poy dan Oak Phakwa Hongyok telah melangsungkan perkahwinan mereka mengikut adat peranakan di Phuket, Thailand pada 1 Mac kelmarin.

Melihat dari hantaran di media sosial, model terkenal itu memakai busana pengantin yang mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan. Pakaian yang menerapkan unsur tradisional itu dikatakan bernilai kira-kira 20 juta baht (RM2.5 juta) dan majlis diadakan begitu terhad dengan hanya keluarga serta rakan terdekat sahaja yang hadir.

Pakaian pengantin tersebut juga dilihat telah disulam dengan benang emas serta Nong Poy sendiri mengenakan perhiasan dari emas dan permata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tak hanya itu, dia juga memakai mahkota bunga diseliputi emas yang difahamkan telah dibuat kira-kira tiga bulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kahwin ikut adat peranakan tau!

Seminggu sebelum berkahwin, pasangan tersebut juga telah mengikuti upacara memberi penghormatan kepada nenek moyang dan Nong Poy dan pasangannya telah memakai pakaian adat Baba Nyonya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, suami kepanda Nong Poy iaitu Oak Phakwa Hongyok merupakan anak kepada pemilik konglomerat Thailand serta bakal pewaris kumpulan Ar Jor yang mempunyai perniagaan hotel dan pelancongan.

Bukan itu sahaja, selain terlibat dalam perniagaan hotel dan perlancongan, kumpulan Ar Jor juga mempunyai muzium, restoran dan kafe terkenal di Phuket.

Walaupun begitu, transgender tersebut juga tidak kalah hebat juga apabila Nong Poy mempunyai kekayaan yang tersendiri hasil daripada kerjayanya sebagai penggiat seni.

Dia juga pernah memenangi gelaran  Miss Tiifany’s 2004 dan ratu cantik Miss International Queen pada tahun yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: The Nation Thailand, Instagram Nong Poy

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd