Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tragedi Di Kuantan: Lelaki Disyaki Bunuh Ibu, Isteri & 2 Anak Sebelum Akhiri Nyawa Sendiri

Tragedi di Kuantan dengan penemuan lima mayat dalam satu kejadian tragis di sebuah rumah di Taman Cerating Damai,  pagi Selasa mengejutkan rakyat Malaysia yang sedang bercuti.

Tragedi di Kuantan korbankan 5 sekeluarga

Memetik laporan daripada Sinar Harian, kejadian melibatkan suspek berusia 32 tahun, dipercayai membunuh isteri, ibu kandung serta dua anak perempuannya sehingga maut sebelum turut mencederakan diri sendiri dan ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 7 pagi.

Kejadian tersebut mengorbankan seorang wanita berusia 55 tahun, menantu berusia 28 tahun serta dua cucu perempuan masing-masing berusia tiga dan empat tahun.

Tragedi di Kuantan dapati kesan kelar di mangsa

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu daripada seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang juga ahli keluarga dan tinggal di rumah berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau, ketika kejadian terdapat enam individu berada di kediaman tersebut namun remaja terbabit tidak mengalami kecederaan selepas menyedari berlaku kekecohan.

“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati suspek bersama isterinya dan dua kanak-kanak ditemui dalam sebuah bilik, manakala ibu suspek dijumpai di bahagian dapur.
“Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kelar di beberapa bahagian badan setiap mangsa yang dipercayai akibat objek tajam.
“Punca sebenar kematian masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini pada Selasa.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai mencederakan isteri, ibu dan dua anaknya sebelum turut mencederakan diri sendiri dan ditemui maut di bilik sama.

Polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut bagi membantu siasatan.

tragedi di kuantan

Mengulas lanjut, Yahaya berkata, suspek dilaporkan baru berpindah ke rumah keluarganya kira-kira sebulan lalu selepas berhenti kerja di Selangor dan baharu memulakan pekerjaan di daerah ini sejak seminggu lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kita tidak menolak sebarang kemungkinan termasuk faktor masalah keluarga atau kewangan.
“Semakan awal juga mendapati tiada rekod masalah mental dikesan terhadap lelaki berkenaan,”katanya.

Artikel lain: Disyaki Ada Unsur Jenayah! 5 Sekeluarga Ditemui Tak Bernyawa Dalam Rumah

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Sinar Harian (Nik Amirulmumin Nik Min)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Seorang wanita hamil tiga bulan meninggal dunia bersama seorang rakan lelaki dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tenang...

Lokal

Empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes ceroboh kuil di Rawang, Selangor pada Rabu, lapor Bernama. Kes ceroboh kuil di Rawang Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd