Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mendedahkan 50 peratus jemaah menolak tawaran menunaikan haji disebabkan alami masalah kewangan.
Menurut laporan Berita Harian, beliau turut berkata 53 peratus daripada 9.7 juta pendeposit Tabung Haji (TH) mempunyai simpanan kurang daripada RM1,300.
Keadaan tersebut menyebabkan mereka belum layak menunaikan haji kerana jumlah simpanan tersebut tidak mencukupi bagi menampung kos perjalanan ibadah berkenaan.
Tolak tawaran haji
“Ini kerana TH kini kurang dilihat sebagai institusi penabungan yang mampu menarik simpanan konsisten biarpun ia ditubuhkan dengan dua matlamat utama, iaitu sebagai institusi penabungan dan organisasi memudah cara perjalanan haji umat Islam ke Tanah Suci.
“Peranan TH sebagai institusi penabungan mula terkesan apabila perlu bersaing dengan produk simpanan atau pelaburan lain yang lebih menarik seperti unit amanah, emas, simpanan pendidikan dan skim persaraan swasta,” katanya dalam jawapan bertulis dipaparkan dalam laman sesawang Parlimen.
Beliau menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) mengenai kos keseluruhan projek penjenamaan semula TH serta jumlah akhir peruntukan kewangan bagi projek itu yang sudah dimuktamadkan dan sumber kewangan digunakan.
Artikel lain: KPN Mohon Pegawai Peka Tanda Kemurungan Anggota – “Tindakan Intervensi Awal Perlu Diambil”
Tolak tawaran haji
Sehubungan itu, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya dengan melaksanakan peremajaan jenama bagi memastikan institusi itu terus relevan.
“Ini terutama dalam usaha menarik lebih ramai umat Islam menabung secara konsisten bagi menunaikan haji, selain matlamat inisiatif itu bertujuan menyusun semula strategi untuk meningkatkan kembali paras simpanan individu pendeposit yang kini amat rendah.
“Bagi tiga tahun terkini, simpanan terkumpul hanya meningkat melalui pelaburan semula agihan keuntungan dan bukan secara organik,” katanya.
Sumber: Berita Harian (Muhammad Yusri Muzamir)







































