Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tolak Birokrasi, Datuk Bandar New York City Benarkan Laungan Azan Pada Jumaat, Ramadan

Datuk Bandar New York City, Eric Adams memaklumkan bandar raya tersebut akan membenarkan laungan azan pada waktu yang ditetapkan setiap hari Jumaat dan sepanjang Ramadan.

Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dilakukan demi memastikan masjid dan rumah ibadat bebas untuk melaungkan azan untuk masyarakat umat Islam di sana.

“Sudah terlalu lama wujud kekeliruan mengenai komuniti mana yang tidak dibenarkan untuk melaungkan azan mereka.
“Hari ini, kami mengetepikan kerenah birokrasi dan menyatakan dengan jelas bahawa masjid dan rumah ibadat bebas untuk mengumandangkan azan pada hari Jumaat dan pada bulan Ramadan tanpa perlu memohon kebenaran,” lapor Agensi Anadolu memetik sidang akhbar Adams pada Selasa.

Bukan itu sahaja, Adams menegaskan setiap penduduk di bandar tersebut bebas untuk mengamalkan kepercayaan mereka memandangkan di bawah undang-undang menjelaskan semua orang berhak mendapat layanan yang sama.

“Anda bebas mengamalkan kepercayaan anda di New York City kerana di bawah undang-undang kita semua berhak mendapat layanan yang sama. Pentadbiran kami amat berbangga dengan mencapai pensetujuan ini,” ujarnya lagi.

Difahamkan, masjid boleh menyiarkan laungan azan setiap Jumaat antara 12.30 tengah hari dan 1.30 tengah hari, serta sebelum berbuka puasa, setiap petang pada Ramadan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan berita gembira itu, pemimpin masyarakat Islam menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk Bandar dan pegawai lain yang terlibat atas keprihatinan mereka.

Sumber: Berita Harian

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Sosial

Penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani menegur sikap segelintir warganet yang keterlaluan menekan Menteri Pendidikan, Fadhlina...

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa sebak apabila anaknya, Aisyah Sofia Rohaizan kini berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri selepas ditolak oleh rakannya. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd