Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiga Staf Tabung Haji Jadi Penyelamat, Warga Emas Mahu Pindah RM250,000 Kepada Scammer

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan, lapor Harian Metro.

Tiga staf Tabung Haji jadi penyelamat!

Polis Bantuan TH Mohd Faaiz Mat, 36, kakitangan kaunter Normaiziah Abdul Rahman, 49, dan pengurus cawangan Mohd Rusyhidi Che Mohd Rawawi, 37, menyedari sesuatu tidak kena apabila lelaki berusia 71 tahun itu dilihat menggigil dan berada dalam keadaan gelisah ketika berada di kaunter.

Tiga staf Tabung Haji

Foto: Facebook IPD Hulu Terengganu

Menurut Mohd Rusyhidi, kejadian berlaku pada 7 Disember lalu antara jam 1 hingga 2 petang apabila mangsa hadir ke cawangan berkenaan untuk memindahkan wang simpanan sebanyak RM250,000 ke akaun bank miliknya.

Artikel lain: Peniaga Martabak Nekad Jual Rumah, Bawa Isteri Tunai Haji

Tiga staf tabung haji

Foto: Facebook IPD Hulu Terengganu

Melihat tingkah laku mangsa yang mencurigakan, pihaknya mengambil inisiatif bertanya lanjut mengenai tujuan pemindahan tersebut. Hasil penjelasan lelaki itu, mereka mendapati transaksi berkenaan dibuat atas arahan individu yang menyamar sebagai pegawai polis.

“Hasil penjelasan mangsa, didapati bahawa transaksi itu dilakukan atas arahan seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis.
“Berdasarkan maklumat itu, kami bertiga bertindak cepat dengan menyekat akaun buat sementara dan memaklumkan kepada mangsa yang dia sedang diperdaya scammer.
“Tindakan itu sekali gus berjaya menghalang mangsa daripada mengalami kerugian besar sebanyak RM250,000 kerana ketika itu sedang diperdaya sindiket penipuan,” kata Mohd Rusyhidi.
Tiga staf tabung haji

Foto: Facebook IPD Hulu Terengganu

Atas keprihatinan dan tindakan berani itu, ketiga-tiga menerima Surat Penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu, Kuala Berang pada Selasa.

Foto: Harian Metro

Foto: Facebook IPD Hulu Terengganu

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, pihaknya turut menyampaikan Surat Penghargaan Ketua Polis Terengganu kepada kakitangan TH cawangan Kuala Berang sebagai pengiktirafan atas kepekaan mereka mengesan dan menggagalkan transaksi mencurigakan.

“Ia berikutan kepekaan pihak TH cawangan Kuala Berang, berjaya mengesan dan menggagalkan transaksi yang mencurigakan dan menyelamatkan pelanggan mereka daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Nazdy Harun)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Bisnes

Proton Holdings Bhd (PROTON) secara rasmi melancarkan model hibrid plug-in pertamanya, Proton e.MAS 7 PHEV, sekali gus menandakan langkah strategik jenama nasional itu dalam...

Lokal

Penceramah bebas yang pernah terpalit kontroversi, Ustaz Faridul Firdaus Zaulkapli dijatuhi hukuman penjara 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada Rabu selepas didapati...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd