Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa.
Perkara itu dikongsikan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerusi hantaran di Facebook.
Tiga Kereta Cikgu Chandra Dibakar
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 3 pagi apabila beberapa lelaki bertopeng penuh didakwa membakar kenderaan milik Cikgu Chandra.
“Petang tadi, tiga buah kereta dengan beberapa lelaki memakai topeng penuh dan bersenjatakan parang cuba membunuh Cikgu Chandra.
“Awal pagi tadi, sekitar jam 3 lebih, mereka membakar ketiga-tiga buah kereta Cikgu Chandra.
“Mujur polis dan bomba sampai cepat untuk memadamkan api dan mengawal keadaan,” ujarnya pada Selasa.
Sebelum ini, rumah Cikgu Chandra di Puchong juga didakwa diserang sekumpulan lelaki yang memecahkan cermin kereta serta tingkap kediamannya.
Artikel lain: “Brother, Ada Orang Nak Cuba Bunuh Saya!”- Tiga Lelaki Bertopeng Didakwa Serang Cikgu Chandra
Kejadian tersebut berlaku hanya beberapa hari selepas seorang pendakwah bebas terkenal, Zamri Vinoth dilaporkan diserang sekumpulan lelaki ketika berada di dalam keretanya.
Dalam pada itu, Firdaus Wong menegaskan agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terlibat.
“Kita tidak boleh biarkan pelampau begini berleluasa. Ini negara hukum.
“Hukum penghasut dan pelampau dengan segera sebelum tindakan mereka membakar negara,” katanya.
Sumber: FB Firdaus Wong Wai Hung














































