Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tiada Ritual Keagamaan, Saifuddin Tak Salah Dalam Pendaftaran Perkahwinan Pasangan Bukan Islam

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak bersalah mendaftarkan perkahwinan sivil pasangan bukan Islam, maklum Jabatan Pendaftaran Negara.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas tular video berhubung situasi berkenaan yang berlaku di Pejabat JPN Putrajaya sempena Majlis Sambutan Jubli Intan JPN, pagi tadi.

Saifuddin Nasution tak salah, terkandung dalam Aktra 164

Menurut kenyataan, perbuatan yang dilakukan oleh Saifuddin Nasution adalah berlandaskan undang-undang sivil di bawah Akta 164.

Malah, proses pendaftaran tersebut tidak melibatkan, tidak menyerupai, tidak melambangkan dan tidak mempengaruhi dengan mana-mana ritual keagamaan atau adat sesuatu kaum.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Lafaz ikrar yang dituturkan oleh pendaftar adalah perkataan yang terkandung dalam Seksyen 23, Akta 164 yang berbentuk keterangan sifat perkahwinan sivil semata-mata.
“Ianya juga persetujuan dan kesanggupan pasangan menerima perkahwinan tersebut dengan rela hati tanpa paksaan dari mana-mana pihak,”menurut JPN.

Saifuddin Nasution

Artikel lain: Ramai Warga Emas Gagal Dapat Warganegara, Tak Lepas Ujian Bahasa Melayu

Tambahnya, pengisian program tersebut adalah mendaftarkan perkahwinan sivil dua pasangan yang sudah dipilih oleh JPN.

“JPN adalah agensi yang bertanggungjawab melaksanakan pendaftaran perkahwinan sivil serta merekodkan maklumat perkahwinan dan perceraian bagi bukan Islam selaras dengan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164],” katanya.

Saifuddin Nasution

Berdasarkan akta itu, katanya, Saifuddin Nasution adalah menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran perkahwinan sivil yang mana ia membolehkan beliau melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam.

Selain beliau, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Pengarah Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Pengarah Pendaftaran Negeri serta pegawai dan kakitangan JPN yang bertugas di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian sebagai Timbalan Pendaftar Perkahwinan turut diberikan kuasa terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

JPN juga meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan maklumat tidak benar, selain meneliti setiap berita yang diterima. Ini bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi JPN di talian 03-8880 7077 atau emel ke [email protected].

Sumber: FMT 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani menegur sikap segelintir warganet yang keterlaluan menekan Menteri Pendidikan, Fadhlina...

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Nasional

Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung kes kematian Zara Qairina,...

Sosial

Seorang pengguna laman Threads menarik perhatian ramai apabila memuat naik satu tangkap layar perbualan antara anak gadisnya dan rakan di aplikasi WhatsApp. Wajah anak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd