Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Tiada Rezeki, Nurul Izzah Sedih Keguguran Anak Keempat

Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkongsi berita sedih berhubung pemergian bayi di dalam kandungannya kepada umum.

Khabar sedih itu diumumkan oleh Nurul Izzah yang juga anak sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menerusi laman Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Nurul Izzah turut berkongsi gambarnya memeluk ibu dan bapanya dengan mengatakan mungkin itu kali pertama mereka berpelukan.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah)

“Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelukan. Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama.
“Selesai berkempen, sempat pula menjangkiti Covid-19 buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat,”tulisnya.

Meskipun Nurul Izzah sedih dengan pemergian bayi dalam kandungannya, beliau tetap memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan rezeki yang diberikan walaupun bersifat sementara.

“Saya terfikir tentang semua wanita yang melalui episod serta pengalaman yang sama, walau jalur individunya berbeza.
“Ungkapan mensyukuri nikmat, kata-kata indah untuk Yang Maha Esa diucapkan walau mengalir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil.
“Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman,”luahnya.

Dalam pada itu, beliau mendoakan semua orang yang berada di luar sana yang pernah merasai kehilangan supaya kekal tabah dan kuat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya lagi, proses penyembuhan merupakan suatu perjalanan dan sekiranya memerlukan sedikit masa untuk bernafas, jadi lakukan sahaja sebelum masuk ke bab seterusnya dalam kehidupan baharu.

Terdahulu, media melaporkan Nurul Izzah melangsungkan pernikahan dengan seorang penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong yang diadakan secara sederhana.

Salam takziah, moga terus kuat

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet yang turut bersimpati dengan nasib menimpa Nurul Izzah dan suami atas kehilangan bayi dalam kandungan.

Sumber: Instagram @n_izzah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Ibu kepada pendaki Allahyarham Mustaqqeem Mansor, Rohani Saad, 64, meluahkan rasa terkilan selepas anak sulungnya meninggal dunia akibat kesejukan melampau sebelum mayatnya ditemui di...

Lokal

Kes pembunuhan 2 beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang terus menjadi tumpuan apabila suami kepada mangsa kini direman selama tujuh hari bagi membantu...

Sosial

Sebuah pergaduhan membabitkan lima wanita di sebuah taman perumahan di Bukit Gambir, Tangkak, tular di media sosial semalam, dengan penyodok sampah, penyapu dan gayung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd