Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tiada Pilihan Lain, Penyasaran Subsidi Untuk Selamatkan Negara – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi adalah untuk menyelamatkan negara.

Menerusi satu laporan Harian Metro, Anwar berkata, penyasaran subsidi tersebut perlu dilaksanakan  kerana tidak mempunyai pilihan lain walaupun beliau sedar langkah itu akan ‘dihentam’ habis-habisan oleh ramai pihak.

Foto: Harian Metro

“Kita terpaksa ambil beberapa tindakan tidak popular untuk selamatkan negara. Siapa mahu penyasaran subsidi ini? Kena tahu apa pun kita lakukan, kita akan dihentam habis-habisan dengan segala fitnah dan penipuan.
“Saya lihat (yang) pakai songkok, serban, jubah, tetapi tipu terus menerus, padahal kita beritahu, penyasaran subsidi semua Perdana Menteri sebelum itu sudah setuju cuma tidak ada tekad politik untuk melaksanakan kerana risikonya ada, tetapi untuk selamatkan negara, kita tidak ada pilihan,” katanya.

Foto: Google

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri yang turut dihadiri kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara Tan Seri Mohd Zuki Ali di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan (MOF) telah melaksanakan penyasaran subsidi diesel, iaitu penetapan harga runcit diesel RM3.35 seliter mengikut harga pasaran di stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia bermula tengah malam tadi.

Foto: Kosmo

Walau bagaimanapun, harga runcit bahan api diesel di kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan dikekalkan pada RM2.15 seliter.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, kerajaan menetapkan harga diesel kepada sektor yang layak melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 dengan menggunakan kaedah fleet card bagi kenderaan logistik ditetapkan pada harga RM2.15 seliter bertujuan untuk membendung kesan terhadap harga barangan pengguna.

Sumber: Harian Metro (Mohd Iskandar Ibrahim)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Dua pelajar perempuan berasal dari Korea Selatan mencuri tumpuan warganet apabila memperoleh 10A bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, termasuk Bahasa Melayu. Menurut...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menggunakan kad pengenalan milik empat individu berbeza untuk membeli lebih 100 liter petrol di sebuah stesen minyak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd